Anda di sini

Miliki senapang dan peluru tanpa permit, dua lelaki diberkas polis

Advertisement

SIBU: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memiliki senapang patah dan peluru tanpa permit di sebuah rumah panjang di Jalan Kemuyang dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kedua-dua suspek berusian 44 dan 50 tahun ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu pada jam 10 pagi tadi.

"Mereka ditangkap kerana disyaki memiliki senapang patah dan peluru tanpa permit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dua lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh didapati memilik selaras senapang patah bersama 13 butir peluru senapang patah pelbagai jenis.

Siasatan awal pihak polis mendapati salah seorang daripada suspek mengakui bahawa senapang patah serta 13 butir peluru pelbagai jenis itu adalah miliknya sendiri yang diwarisi dari mendiang bapa tetapi tidak memilikki lesen yang sah.

Stanley berkata senapang patah dan semua peluru tersebut telah dirampas dan akan dihantar ke  cawangan persenjataan untuk pemeriksaan dan ujian.

"Kedua-dua suspek akan direman untuk tindakan dan siasatan lanjut serta dirujuk kepada pihak Narkotik bagi saringan urin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," tambahnya.
 

Advertisement