Anda di sini

Ketua pembangkang Rusia anjur protes haram kena penjara 20 hari

Advertisement
 Navalny (dua kiri), yang ditahan berhubung tuduhan mengadakan protes haram dan dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari, dilihat di dalam bangunan mahkamah                  di Moscow kelmarin. — Gambar Reuters
DIHUKUM PENJARA: Navalny (dua kiri), yang ditahan berhubung tuduhan mengadakan protes haram dan dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari, dilihat di dalam bangunan mahkamah di Moscow kelmarin. — Gambar Reuters

MOSCOW: Ketua pembangkang utama Rusia, Alexei Navalny dijatuhkan hukuman penjara selama 20 hari kerana menganjurkan bantahan pembangkang dalam keputusan mahkamah yang baharu kelmarin, hari ketika dia dibebaskan selepas meringkuk di dalam penjara selama sebulan, menurut jurucakapnya.

“Dua puluh hari,” Kira Yarmysh menyatakan dalam Twitter selepas sebuah mahkamah daerah Moscow mengemukakan keputusan pada lewat kelmarin.

Penganjur kempen antirasuah berusia 42 tahun itu sekarang telah menghabiskan tempoh selama 50 hari di dalam penjara kerana meng-anjurkan dua bantahan pembangkang.

Dia telah ditahan pada awal kelmarin sebaik sahaja dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman 30 tahun kerana menganjurkan rali pembangkang pada Januari.

Dia ditempatkan selama kira-kira lapan jam di dalam sebuah sel tahanan sebelum perbicaraan.

Keputusan baharu telah dikaitkan dengan permintaan Navalny kepada rakyat Rusia untuk berkumpul di jalan raya pada 9 September.

Navalny melakukan bantahan ini tepat pada masa agar sama dengan satu pilihan raya seluruh negara ketika rakyat Rusia mengundi bagi memilih seorang datuk bandar Moscow dan beberapa gabenor wilayah.

Navalny telah dipenjarakan sebelum bantahan pada 9 September ketika ribuan orang berkumpul di sekitar Rusia dan lebih seribu orang telah ditahan, menurut sebuah badan pemerhati bebas.

Para sekutunya berasa bimbang bahawa dua kes pentadbiran yang berturut-turut bermakna pihak berkuasa mungkin sedang bersedia bagi membuka satu siasatan jenayah terhadap musuh utama Putin.

Dalam kes itu, dia mungkin akan berdepan dengan hukuman yang lebih lama.

Sebelum keputusan tersebut, Amnesty International telah menggesa pihak berkuasa Rusia agar membebaskan ahli politik pembangkang.

“Dia adalah seorang tahanan bagi suara hati yang tidak melakukan sebarang jenayah,” kata Natalia Zviagina, pengarah Amnesty International di Russia, dalam satu kenyataan. — AFP

Advertisement