Anda di sini

Kakitangan Maybank bergotong-royong baik pulih kemudahan sekolah

Advertisement
 Moh (kiri) menyampaikan kerusi plastik kepada Arbah (dua kiri) disertai pengurus cawangan bahagian lain Maybank menyampaikan sumbangan sama kepada wakil SK Asyakirin.
SUMBANGAN: Moh (kiri) menyampaikan kerusi plastik kepada Arbah (dua kiri) disertai pengurus cawangan bahagian lain Maybank menyampaikan sumbangan sama kepada wakil SK Asyakirin.

SERAMAI 90 kakitangan Maybank Bintulu, Auto Finance Centre, SME and Business Banking Centre dan Etiqa Insurance menyertai gotong-royong membaik pulih beberapa kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Asyakirin sempena Hari Tanggungjawab Korporat (CR) Global Maybank kelmarin.

Turut diadakan penyampaian sumbangan 80 kerusi plastik untuk murid-murid bagi menggantikan kerusi sedia ada rosak serta 294 panel kaca tingkap bagi menggantikan yang pecah.

 Arbah (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Moh.
PENGHARGAAN: Arbah (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Moh.

Hari CR Global Maybank kali pertama diadakan pada 2010 sempena sambutan ulang tahun ke-50 Maybank. Lebih 10,000 kakitangan menyertai acara tahunan itu.

Dengan temanya ‘Maybank Cares-Impact, Engage & Empower’ Hari CR Global Maybank sebahagian program sukarelawan kakitangan kumpulan itu diadakan seluruh negara.

 Kakitangan Maybank dan pihak sekolah membaik pulih kerusi dan meja di SK Asyakirin.
BAIK PULIH: Kakitangan Maybank dan pihak sekolah membaik pulih kerusi dan meja di SK Asyakirin.

Ini merupakan program terbesar komuniti diadakan dalam satu hari secara serentak oleh perbadanan Malaysia berskala global memperlihatkan inisiatif CR kekal kakitangan tempoh jangka panjang dalam komuniti.

Pengurus Maybank Bintulu Moh Ung Kuang berkata, kerja-kerja baik pulih dan sumbangan itu adalah mewujudkan persekitaran lebih selesa, selamat dan sihat untuk murid-murid sekolah.

Katanya, tahun ini 95 inisiatif dilaksanakan kakitangan seluruh kumpulan perbankan ini melibatkan projek komuniti bantuan kanak-kanak istimewa, masalah penglihatan, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, anak yatim serta alam sekitar.

“Setiap hari kami melihat ke hadapan Program Hari CR Global bagi menunjukkan Maybank melaksanakan misi kemanusiaan dekat dengan komuniti melalui inisiatif sukarelawan cahaya kasih (CK) kakitangan,” katanya berucap pada program itu.

Beliau berkata, pihaknya menerokai banyak cerita berinspirasi kepayahan dilalui mereka mendapat manfaat daripada insiatif CK seluruh dunia.

“Cerita ini sentiasa menyentuh hati kami dan kasih sayang sebagai penghargaan besar atas semua kenikmatan dirasai dalam kehidupan ini,” katanya.

 Kakitangan Maybank dan kakitangan sekolah SK Asyakirin bergambar bersama.
BANTUAN: Kakitangan Maybank dan kakitangan sekolah SK Asyakirin bergambar bersama.

Moh menyatakan beberapa aktiviti diadakan sejak beberapa tahun bermula pada 2015 mereka mengadakan program di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh dengan mengecat bangunan sekolah tersebut.

Seterusnya 2016, mereka mengadakan projek pembersihan kawasan persekitaran dan mencantikkan Kompleks Peryatim di Kampung Jepak dalam kerja-kerja menanam pokok.

“Pada 2017 lalu, kami mengadakan aktiviti gotong-royong di SK Nyalau dengan mengadakan kerja-kerja pembersihan bangunan sekolah, membaik pulih kerusi dan meja serta menyumbang tujuh kipas berdiri untuk sekolah itu.

“Tahun ini menggerakkan komitmen penyelesaian penambahbaikan kehidupan komuniti tempat kami menyediakan perkhidmatan.

“Kami percaya melalui inisiatif jangka panjang ini program itu memperlihat usaha mewujudkan perubahan hidup komuniti dan masa depan mereka,” jelasnya.

Katanya, Hari CR Global disertai 20,000 kakitangan seluruh 14 negara memperuntukkan masa, tenaga dan kesabaran secara sukarela menyertai 95 inisiatif CK bermanfaat untuk komuniti.

Jelasnya, inisiatif itu di bawah lima tonggak tanggungjawab korporat Maybank iaitu kuasa komuniti, pendidikan, kehidupan sihat, kepelbagaian alam sekitar, seni dan budaya.

“Bagi SK Asyakirin inisiatif kami memfokus pendidikan dan alam sekitar dan berbangga berkongsi serta membantu agar guru-guru dan murid-murid dapat menikmati persekitaran selesa belajar,” katanya.

Hadir sama Pengurus Maybank Auto Finance Centre Gracie Chang, Pengurus Maybank Medan Raya Pusat Komersial Assyakirin Dick Yeo, Pengurus MaybankBusiness Banking Lu Kiew Huong, Pengurus Maybank SME Bintulu Wong Hie Hung, Guru Besar SK Asyakirin, Abah Tusin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Asyakirin, Dewi Laila Jerani.

  • oleh
  • Advertisement