Anda di sini

Serie A Itali: Ronaldo kekalkan permulaan sempurna Juventus

Advertisement
 Ronaldo (tengah) melepaskan rembatan sebelum menjaringkan gol pertama Juve pada aksi liga menentang Frosinone di Stadio Benito Stirpe, Frosinone kelmarin. — Gambar Reuters
GEGAR JARING: Ronaldo (tengah) melepaskan rembatan sebelum menjaringkan gol pertama Juve pada aksi liga menentang Frosinone di Stadio Benito Stirpe, Frosinone kelmarin. — Gambar Reuters

MILAN, Itali: Cristiano Ronaldo melupakan kekecewaan dilayangkan kad merah pada aksi Liga Juara-Juara dengan menjaringkan gol pembukaan dan mengumpan gol kedua oleh Federico Bernardeschi ketika Juventus mengekalkan permulaan sempurna dalam Serie A Itali selepas lima perlawanan apabila menewaskan pendatang baharu liga, Frosinone 2-0 Ahad lepas.

Ronaldo mempunyai beberapa cubaan pada perlawanan di Stadio Benito Stirpe tetapi akhirnya memecah kebuntuan sembilan minit sebelum tamat permainan dan kemudian mengumpan bola kepada pemain gantian, Bernardeschi untuk gol kedua Juventus pada minit kecederaan.

Ronaldo menjaringkan gol pertama beliau dalam Serie A Itali minggu lepas ketika menjaringkan dua gol untuk menewaskan Sassuolo 2-1 sebelum dibuang padang ketika Juventus menewaskan Valencia 2-0 dalam Liga Juara-Juara.

Juventus – satu-satu pasukan belum tewas dalam Serie A  - mengumpul 15 mata maksima dari lima perlawanan, tiga mata di hadapan Napoli, yang menewaskan Torino 3-1 pada perlawanan awal.

Juventus akan menentang Napoli, naib juara musim lepas, di Turin hujung minggu ini.

Frosinone mengecewakan Juventus untuk satu tempoh yang lama tetapi akhirnya bolos untuk kali ke-12 dan kekal di tangga kedua dari bawah liga dengan hanya satu mata.

“Kami menjangkakan perlawanan seperti ini. Frosinone bolos lima gol kepada Sampdoria dan kami bermain dengan 10 orang untuk 70 minit ketika menentang Valencia pada hari Rabu,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

“Kami hanya perlu bersabar dan selepas banyak cubaan, kami akhirnya memecah kebuntuan.”

Fiorentina dan Sassuolo berkongsi tangga ketiga dengan 10 mata selepas menewaskan masing-masing menewaskan SPAL (3-0) dan Empoli (3-1).

Pada perlawanan awal, Lorenzo Insigne menjaringkan dua gol untuk membantu Napoli menewaskan Torino 3-1 sementara Roma kecundang 0-2 di Bologna.

Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti, melakukan perubahan selepas seri tanpa jaringan dengan Red Star Belgrade dalam aksi Liga Juara-Juara.

Insigne bermain di posisi penyerang tengah bersama-sama Dries Mertens sementara pemain pertahanan, Sebastiano Luperto membuat penampilan kesebelasan utama bersama kelab.

“Saya berpuas hati, kami menguasai permainan di Belgrade tetapi gagal menyempurnakan peluang seperti yang kami lakukan hari ini,” kata Ancelotti. — AFP

Advertisement