Anda di sini

Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah dapat sambutan

Advertisement
 Persembahan tarian oleh para penari profesional.
MEMPERSONA: Persembahan tarian oleh para penari profesional.

KUCHING: Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah berjaya menarik lebih daripada 5,000 penonton sepan-jang tiga malam pemen-tasannya di Stadium Perpaduan  di sini.

Menampilkan pelakon terkenal tanah air, Fahrin Ahmad selaku watak utama sebagai Sultan Tengah, teater ini mula dipentaskan pada malam 22 September hingga 24 September 2018.

 Fahrin (kanan) memegang watak utama sebagai Sultan Tengah.
WATAK UTAMA: Fahrin (kanan) memegang watak utama sebagai Sultan Tengah.

Teater ini turut menampilkan pelakon seperti Mahmud Ali Basha selaku Sultan Abdul Jalilul Akbar, Bob Yusof selaku Pembaca Gurindam dan Safar Ghaffar selaku Arya Mangkurat dan 48 pelakon tambahan lain.

Dalam pada itu para penonton turut diperdengarkan dengan 30 buah lagu asal Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah ciptaan Nahrawi Rashidi selaku pengarah muzik.

 Para penonton terpukau dengan lakonan hebat para pelakon yang terlibat dalam pementasan teater tersebut.
TERPUKAU: Para penonton terpukau dengan lakonan hebat para pelakon yang terlibat dalam pementasan teater tersebut.

Turut membantu dalam ciptaan lagu-lagu ini ialah Azlan Golie, Amir Hamzah, Joe Gendang dan Osra Oraza yang memberi sentuhan bagi memastikan muzik, lagu dan irama menarik.

Lagu-lagu ini dilantunkan oleh 15 penyanyi latar di bawah bimbingan Azlan Golie selaku pengarah vokal pementasan teater yang dipersembahkan secara langsung oleh pemuzik terkenal Sarawak dan pemuzik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

 Barisan pelakon dan kru-kru produksi merakamkan gambar bersama selesai pementasan teater.
DAPAT SAMBUTAN: Barisan pelakon dan kru-kru produksi merakamkan gambar bersama selesai pementasan teater.

Pementasan teater ini turut menampilkan persembahan tarian oleh 40 orang penari profesional di bawah pimpinan Amir Hamzah

Pihak DBKU sebagai penganjur dalam pada itu memberi penghargaan kepada semua pihak terutama para penonton yang telah hadir menjayakan pementasan teater ini.

  • oleh
  • Advertisement