Anda di sini

Pemberontak serang wilayah timur Congo, 18 terbunuh

Advertisement

BENI: Sekurang-kurangnya 18, termasuk 14 orang awam, terbunuh dalam serangan pemberontak di Beni di wilayah timur terpencil Republik Demokratik Congo, seorang jurucakap tentera memberitahu AFP kelmarin.

Empat anggota tentera adalah antara yang terkorban selepas serangan pada Sabtu lepas, kata pegawai tentera Mak Hazukai, dengan beberapa saksi menyatakan tembakan dan beberapa kumpulan penyerang telah menetak mangsa dengan parang.

Wilayah Beni, tidak jauh dari sempadan Uganda, telah diserang Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF), sebuah kumpulan pemberontak Islam yang dipersalahkan bagi beratus-ratus kematian orang awam sejak empat tahun lepas,

“Wilayah dan bandar Beni telah berdepan dengan keganasan ADF yang mana struktur arahannya dike-tuai oleh Ugada,” menurut Hazukai, sambil menambah bahawa sembilan orang turut tercedera dalam keganasan Sabtu lepas.

ADF merupakan sebuah kumpulan militia yang pada mulanya ditubuhkan oleh pemberontak Islam bagi menentang Presiden Uganda Yoweri Museveni, namun juga beroperasi di DR Congo.

“Serangan mengejut berlaku di jalan raya di bandar Beni,” seorang doktor di hospital tempatan memberitahu AFP. Empat yang terkorban telah dibunuh ketika dalam perjalanan menaiki sebuah teksi.

Menurut keterangan beberapa saksi, serangan bermula kira-kita jam 1630-1700 waktu tempatan.

“Terdapat ramai penye-rang, mereka mengeluarkan satu laungan kegembiraan... pemberontak telah menetak mangsa dengan parang,” menurut saksi Kasero Mum-bi.

Tembakan senjata berkaliber berat dan ringan telah kedengaran selama beberapa jam sehingga selepas waktu tengah malam. Ia masih belum diketahui sama ada pihak tentera telah melakukan serangan balas.

Pemberontak telah me-nyasarkan beberapa kawasan berhampiran pusat bandar, kediaman bagi beratus ribu orang.

ADF telah berada di bahagian timur DR Congo sejak 1995 dan dituduh oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak berkuasa Congo sebagai melakukan satu siri pembunuhan orang awak sejak 2014.

Bagaimanapun, pada 2015 ‘New York University Study Group on Congo’ menyatakan bukan hanya ADF di sebalik pembunuhan itu kerana elemen bersenjata yang lain, termasuk anggota tentera Congo, turut bertanggug-jawab.

Beni  terletak di wilayah Kivu Utara, salah satu dari kawasan yang palig ramai penduduk di DRC, dan kawasan bagi  beberapa buah kum[pulan bersejata yag mebunuh atau menculik orang awam. — AFP

Advertisement