Anda di sini

Kempen ‘Fresh Breath For Malaysia’ interpretasi kreatif pelajar Limkokwing

Advertisement
 (Dari kanan) Soren menyampaikan cenderahati kepada Raja Aznil sebagai tanda penghargaan.
TERIMA KASIH: (Dari kanan) Soren menyampaikan cenderahati kepada Raja Aznil sebagai tanda penghargaan.

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim melancarkan kempen komunikasi digital dan pemerkasaan belia, ‘Fresh Breath For Malaysia’ yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan media, dalam satu kajian terbaharu mengenai pelajar pergigian di Malaysia, mendapati bahawa satu dalam setiap dua mengalami ‘malodour’ oral klinikal atau nafas berbau.

Angka di seluruh dunia menunjukkan bahawa 22 peratus hingga 50 peratus daripada populasi global mengalami nafas berbau sederhana.

Nafas berbau boleh memberi kesan sosial dan psikologi yang teruk termasuk keyakinan diri dan harga diri yang rendah, dan ia perlu diambil perhatian secara serius.

 (Dari kiri) Ketua Kesihatan dan Kecantikan Jenama Milikan SEA Kelly Lim, Soren dan Pengurus Jenama, Kesihatan & Kecantikan Jenama Milikan Malaysia & Brunei Michelle Yeap melancarkan pencuci mulut Guardian Fresh Mouth 6 Actions.
DILANCAR: (Dari kiri) Ketua Kesihatan dan Kecantikan Jenama Milikan SEA Kelly Lim, Soren dan Pengurus Jenama, Kesihatan & Kecantikan Jenama Milikan Malaysia & Brunei Michelle Yeap melancarkan pencuci mulut Guardian Fresh Mouth 6 Actions.

Guardian Malaysia, rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 400 kedai di seluruh negara mengadakan kempen ini sempena pengenalan pencuci mulut Mouth Fresh 6 Actions.

Matlamat kempen ini ialah untuk memperkasakan pelajar Limkokwing untuk menginterpretasikan secara kreatif tema Fresh Breath For Malaysia bagi  mempamerkan tenaga positif sambil menggalakkan kebersihan mulut yang lebih baik melalui ekspresi visual dan multimedia.

Hadiah wang tunai sebanyak RM14,000 akan diberikan kepada 10 penyertaan teratas dalam dua kategori.

Menurut Steven, kempen Fresh Breath for Malaysia memberi peluang kepada belia di Malaysia dan seluruh dunia untuk menjadi ejen perubahan yang boleh berkomunikasi secara jujur serta bertanggungjawab ke atas isu yang memberi kesan kepada ramai orang.

“Hari ini anda bersuara tentang masalah penjagaan mulut, esok anda akan menyelesaikan isu-isu yang lebih besar. Sebahagian besar keterbukaan di Malaysia dipacu oleh kehidupan digital kerana jangkauan dan kesannya yang cukup besar.

 (Dari kiri) Soren, Steven dan Raja Aznil melawat karya seni pelajar Limkokwing University of Creative Technology.
KREATIF: (Dari kiri) Soren, Steven dan Raja Aznil melawat karya seni pelajar Limkokwing University of Creative Technology.

“Cabarannya adalah untuk berkomunikasi secara bertanggungjawab ketika mengangani isu-isu yang sensitif. Kempen Fresh Breath for Malaysia oleh Guardian dan Limkokwing ini sememangnya satu platform yang baik untuk memperkasa dan menggalakkan belia menyuarakan pendapat mereka,” kata Steven.

Lebih 100 penyertaan diterima daripada pelajar Limkokwing, dengan 20 penyertaan yang disenarai pendek berkongsi rasional untuk hasil kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Soren Lauridsen ketika mengulas tentang kempen Fresh Breath for Malaysia berkata: “Ini merupakan platform buat belia agar yakin tentang visi mereka dalam menangani isu mulut berbau yang dilihat ‘tabu’ menerusi cara yang lebih memberi inspirasi.

“Cara sebegini membolehkan ramai orang untuk sama-sama berbincang tentang kebersihan oral dengan lebih baik dan semangat. Mereka akan melakukan sesuatu yang bermakna dan penting buat ramai belia di Malaysia, menyuarakan masalah nafas berbau secara terbuka dan menyediakan platform untuk bercakap mengenainya.”

Pencuci mulut Fresh Mouth 6 Actions Guardian mengurangkan plak gigi, mencegah rongga, menguatkan gigi, menyegarkan nafas, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan mengembalikan mineral ke enamel sambil membunuh 99.9% kuman. Terdapat tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan Daun Teh.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut lengkap dua kali sehari, ‘flossing’ dan dengan diet yang baik, pencucian mulut boleh menawarkan manfaat tambahan dari segi mengurangkan nafas berbau.

Naib Presiden Kanan Penyokong Industri Limkokwing Dato Raja Aznil Raja Hisham menjelaskan bahawa universiti dan pelajarnya adalah unik dalam memberikan perspektif yang berbeza kepada kempen Fresh Breath for Malaysia.

“Kampus Cyberjaya kami menempatkan pelajar dari 160 negara. Budaya berbilang budaya di kampus mewujudkan kerja teliti dengan keluasan pemikiran dan pelaksanaan global yang kreatif yang ditunjukkan dalam hujah yang kami terima untuk Fresh Breath for Malaysia.

‘Pendedahan dan pengalaman industri yang mereka terima melalui kempen ini adalah persiapan yang baik untuk kerjaya masa depan mereka. Rekod cemerlang selama 40 tahun memberikan universiti ini banyak kelebihan dalam memberikan pengalaman berharga buat para pelajarnya.

“Para pelajar Limkokwing telah bekerjasama dengan beberapa jenama besar dan paling berjaya di seluruh dunia yang memasarkan pelbagai produk, termasuklah Guardian.

“Kolaborasi unik dengan industri ini turut membina reputasi dan sifat kompetitif menerusi reka bentuk inovatif serta jenama yang efektif,” jelas Raja Aznil. 

Limkokwing University adalah sebuah institusi pembelajaran pelbagai budaya yang menyediakan pelajar dengan pendedahan industri. Pelajar memperolehi pandangan industri dan peluang rangkaian profesional yang memberi mereka kelebihan yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran global.

Udian dalam talian telah bermula pada 20 September dan kempen komunikasi digital terbaik untuk Fresh Breath for Malaysia akan ditentukan menerusi pertimbangan panel industri dan undi dalam talian.

Advertisement