Anda di sini

Jeneral Myanmar kecam campur tangan PBB

Advertisement
 Gambar dirakam pada 12 September 2017 menunjukkan pelarian Rohingya tiba dalam bot di Shah Parir Dwip di sebelah Bangladesh di Sungai Naf selepas melarikan diri dari keganasan di Myanmar. — Gambar AFP
SENGSARA: Gambar dirakam pada 12 September 2017 menunjukkan pelarian Rohingya tiba dalam bot di Shah Parir Dwip di sebelah Bangladesh di Sungai Naf selepas melarikan diri dari keganasan di Myanmar. — Gambar AFP

YANGON: Ketua tentera Myanmar menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam kedaulatan negara itu seminggu selepas satu siasatan PBB menuntut agar beliau dan beberapa jeneral kanan lain didakwa atas tuduhan “genosid” terhadap penduduk minoriti Rohingya.

Respons tentangan merupakan reaksi umum pertama ketua tentera itu sejak satu misi pencari fakta PBB menggesa Suruhanjaya Keselamatan agar merujuk pegawai kanan tentera di Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Tiada negara, organisasi atau kumpulan mempunyai “hak utuk campur tangan dan melakukan keputusan mengenai kedaulatan sebuah negara,” Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu pasukan tentera dalam ucapan kelmarin, lapor akhbar yang diuruskan oleh tentera Myawady.

“Rundingan untuk terlibat dalam hal ehwal dalaman telah menimbulkan salah faham.”

Penyiasat PBB telah me-nyebut tentang maklumat mengerikan mengenai kekejaman yang dikatakan dilakukan oleh pasukan tentera pada tahun lepas dalam “ope-rasi pembersihan” terhadap Rohingya, yang memaksa lebih 700,000 penduduk Islam tanpa negara itu melarikan diri menerusi sempadan ke Bangladesh.

Pasukan tentera, selalunya  dibantu oleh kumpulan perusuh etnik Rakhine, melakukan pembunuhan, merogol, membakar secara sengaja dan menyeksa, melakukan peringkat keganasan yang sukar difahami dan dengan tidak memikirkan langsung tentang nyawa manusia, kata mereka.

Pihak tentera telah menafikan semua salah laku, menyatakan serangannya adalah sesuatu yang sah bertujuan untuk menghapuskan militan Rohingya.

Kerajaan awam Myanmar, diketuai oleh Aung San Suu Kyi, telah menolak penemuan laporan tersebut sebagai “tidak adil” dan “palsu” serta menolak satu keputusan berasingan di mahkamah jenayah yang mendapati ia mempunyai bidang kuasa berhubung dengan krisis tersebut.

Kerajaan awam Suu Kyi berkongsi kuasa dengan pihak tentera yang masih kuat, yang telah mengekalkan kawalan terhadap suku daripada kerusi parlimen dan tiga kementerian utama sejak negara bangkit dari pemerintahan junta pada 2011. 

Pasukan PBB turut mengkritik kerajaan pimpinan pemenang Nobel itu bagi “tindakan dan peninggalan” yang telah “menyumbang kepada pelaksanaan jenayah kejam”. — AFP

Advertisement