
NABEUL: Banjir kilat di semenanjung Cape Bon di Tunisia mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, kata pihak berkuasa kelmarin, ketika paras air meningkat berpunca daripada hujan lebat yang telah menghanyutkan rumah, kereta dan sebahagian jalan raya.
Ribut pada Sabtu lepas menyebabkan paras air di beberapa kawasan naik sehingga 1.7 meter, ketika jambatan dan jalan raya mengalami kerosakan akibat hujan rekod ini yang bersamaan dengan hampir enam bulan pemendakan.
Di kebanyakan tempat, paras laut sudah mula surut dengan cepatnya, menurut kementerian dalam negeri, sambil menambah bahawa angka kematian meningkat kepada lima orang selepas seorang remaja terbunuh akibat renjatan arus elektrik kelmarin di Bou Argoub, 45 kilometer di tenggara Algiers.
Jurucakap kementerian Sofiene Zaag turut menyata-kan seorang lelaki berusia 60 tahun lemas berhampiran pekan Takilsa dan seorang lelaki ditemui mati di Bir Bouregba, berhampiran de-ngan pekan Hammamet.
Dua adik-beradik diha-nyutkan ketika mereka keluar untuk bekerja di sebuah kilang Bou Argoub, kata pihak kementerian.
“Mereka telah cuba menyeberangi air wadi untuk pulang ke rumah,” Amir, seorang penduduk di kawasan tersebut, memberitahu AFP.
“Wadi” merupakan dasar sungai yang selalunya ke-ring namun adalah bertujuan untuk mengalirkan hujan bermusim.
“Wadi telah ditinggalkan selama beberapa dekad – tanpa penyelenggaraan,” kata beliau, sambil menambah bahawa dasar sungai telah dipenuhi oleh pokok, sampah dan runtuhan batu bata.
Seorang lelaki dari kawasan lain bersetuju bahawa wadi yang memburukkan banjir.
“Ia sedang hujan sejak tengah hari dan (pada waktu petang) ia telah semakin lebat”, kata Moncef Barouni, seorang penduduk di pekan pantai Nabeul.
Dalam hanya beberapa minit, “air menghanyutkan pagar, kemudian bilik dandang, dapur kering dan sebahagian daripada sebuah rumah,” ujar beliau.
“Saya berasa sangat takut,” tambahnya.
Ribut telah menumpahkan hujan sebanyak 200 milimeter di Nabeul dan sebanyak 225 milimeter di bandar Beni Khalled, di tengah semenanjung, menurut Institusi Meteorologi Negara di Tunisia.
Ia merupakan penurunan hujan paling lebat sejak institut itu mula menyimpan rekod pada 1995, menurutnya, sambil menambah bahawa ia telah mengeluarkan satu amaran mengenai ribut pada Jumaat lepas.
Penduduk berasa berang mengenai situasi yang berlaku di Cape Bon, dengan Perdana Menteri Chahed memohon bagi keadaan tenang ketika jentera pengorek dan pam telah digunakan.
Pihak berkuasa Tunisia menyatakan mereka sudah mengerahkan anggota polis, tentera dan pasukan penyelamat ke wilayah itu pada tengah hari Sabtu, selain mengerahkan beberapa ambulans dan dua helikopter.
Chahed telah melawat kawasan yang terjejas bagi mene-mui mangsa yang terselamat, ketika pihak berkuasa meng-ambil langkah berjaga-jaga di wilayah Sahel di selatan bagi kemungkinan lebih banyak penurunan hujan.
“Perkara utama pada hari ini adalah untuk membuka semula jalan raya dan membantu mereka yang terjejas. Terdapat beberapa wilayah yang masih lagi terpinggir,” kata beliau, dipetik oleh stesen radio swasta Mosaique FM.
Pancaran matahari telah kelihatan kelmarin dan paras air yang mulai surut bermakna kebanyakan jalan raya di kawasan itu boleh dilalui oleh kereta, menurut Zaag dari kementerian dalam negeri.
Para peniaga telah memeriksa kerosakan pada kedai dan barang-barang mereka, sementara beberapa sekolah ditutup semalam. — AFP