Anda di sini

Sarawak antara lima negeri memiliki metrik ekonomi yang menggalakkan

Advertisement

KUALA LUMPUR: RAM Ratings Services Bhd telah meletakkan kedudukan Selangor, Sarawak, Perak, Johor dan Pulau Pinang sebagai negeri-negeri yang kukuh, selepas menerima sokongan daripada metrik ekonomi yang mengalakkan.

Katanya, kelima-lima negeri itu mempunyai pengurusan kewangan yang mantap, dengan lebihan operasi yang berterusan termasuk rizab yang lebih besar. 

Sebaliknya, agensi penarafan itu berkata, ada negeri yang diletakkan dalam kategori yang terendah, yang mempunyai jurang pembangunan yang signifikan dan kelemahan institusi yang ketara, mengakibatkan tunggakan yang besar dalam kutipan hasil serta pembayaran balik hutang.

"Apa-apa perbezaan antara negeri-negeri akan dipertimbangkan dalam laporan Kekuatan Tersirat Negeri RAM – penerbitan pertama seumpamanya ke atas negeri-negeri di Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran untuk pandangan ekonomi makro dan kewangan mengenai kesemua 13 negeri di negara ini," katanya.

Laporan Kekuatan Tersirat Negeri dijual pada harga RM150 untuk satu salinan atau RM1,500 bagi kesemua 13 negeri.

-- Bernama 

Advertisement