Anda di sini

Pelari Kenya rangkul gelaran ‘raja’ Samarahan Half Marathon 2018

Advertisement
 Rubiah (tengah) menyampaikan replika cek kepada Njihia sambil disaksi Ibrahim (kanan) dan Minos (kiri) pada larian Samarahan Half Marathon 2018 semalam.
UNGGUL: Rubiah (tengah) menyampaikan replika cek kepada Njihia sambil disaksi Ibrahim (kanan) dan Minos (kiri) pada larian Samarahan Half Marathon 2018 semalam.

KOTA SAMARAHAN: Pelari dari Kenya, John Njihia merangkul gelaran ‘raja’ Samarahan Half Marathon 2018 setelah berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer dengan catatan masa terpantas 1 jam 26 minit di sini semalam.

Dengan gelaran juara itu, Njihia membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 dan medal penyertaan.

Sementera itu, naib juara dan tempat ketiga dimenangi Muhammad Shahir Abdul Rani dengan catatan masa 1 jam 29 minit dan Tan Jit Ping dengan masa 1 jam 31 minit.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500 berserta medal penyertaan.

Kategori wanita 21 kilometer dimenangi Khimmy dengan catatan masa 1 jam 42 minit sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal.

Manakala naib juara dan tempat ketiga dimenangi Lee Leh Ha dan Chai Shiaw Fung masing-masing meraih wang tunai RM700 dan RM500 serta medal.

Bagi kategori lelaki 10 kilometer pula, juara dimenangi Sunny Jong dengan catatan masa 38 minit 16 saat sekali gus meraih wang tunai RM300 dan medal.

Naib juara dan tempat ketiga dimenangi Mohd Sharif Mohd Ekbar dan Havit Philip masing-masing meraih wang tunai RM200 dan RM150 serta medal.

Kategori wanita 10 kilometer pula dimenangi Christabel Lim dengan catatan masa 45 minit 41 saat sekali gus membawa pulang wang tunai RM300 dan medal.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi Joanna Eng dan Familah Wahap masing-masing membawa pulang wang tunai RM200 dan RM150 serta medal.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turut ditemani Residen Bahagian Samarahan, Ibrahim Lumpu dan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos.

Advertisement