Anda di sini

Mekanisme baharu tangani isu ketirisan barangan kawalan

Advertisement
SAIFUDIN (tengah) menyempurnakan acara simbolik perasmian premis ke-168 Tealive di Kubota Sentral, Jalan Chong Thien Vun Tawau.
SAIFUDIN (tengah) menyempurnakan acara simbolik perasmian premis ke-168 Tealive di Kubota Sentral, Jalan Chong Thien Vun Tawau.

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan mekanisme-mekanisme baharu dalam menangani isu ketirisan barangan kawalan ke negara jiran.

Menterinya, Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata KPDNKK sedar isu ketirisan melibatkan gula, minyak diesel dan tong gas petroleum cecair (LPG) sudah lama berlaku.

“Apabila sudah sampai masanya, saya akan umumkan jika langkah-langkah yang sudahpun berada dalam perkiraan kementerian sudah dimuktamadkan,” katanya.

Saifudin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan premis francais Tealive baharu di sini pada Ahad yang menjadi premis ke-168 jenama terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata perbincangan untuk penambahbaikan aspek kawalan juga dalam perhatian KPDNKK, malah perkara itu sudah dibincang bersama Ketua Menteri.

“Kita juga ada berbincang dengan Ketua Menteri dalam mencari mekanisme penting mengatasi isu tertentu, misalnya isu subsidi yang tidak sampai kepada golongan sasar.

“Kita membincangkan strategi dengan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi masalah sebegini termasuk menambah kecekapan agensi yang ada,” katanya.

Menyentuh pendekatan yang sudah dijalankan, beliau berkata antaranya penyeragaman harga barang keperluan seperti minyak masak, tong LPG dan tepung di seluruh negara.

Menurutnya, langkah itu mengambil-kira inisiatif untuk memastikan kos tambahan penghantaran barangan keperluan dapat diserap oleh kerajaan melalui kementerian.

Menyentuh francais baharu Tealive di Tawau pula, Saifudin menyifatkan langkah itu bertepatan dengan syor Perdana Menteri kerana signifikan dengan ekonomi negara.

“Industri francais menjadi tumpuan dan fokus serius KPDNKK sebagai kementerian yang bertangunggjawab dan kita percaya bidang ini mempunyai potensi besar,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement