Anda di sini

Kerajaan rancang tambah CCRC di Sabah

Advertisement
AZIS semasa sidang media selepas Ops Adu pada Sabtu.
AZIS semasa sidang media selepas Ops Adu pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Kerajaan merancang menambah lebih banyak Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) dalam usaha membantu memulihkan individu yang terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamaan berkata cadangan ini laksanakan bagi menampung penghuni di CCRC yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Setakat ini katanya hanya sebuah CCRC di Sabah yang terletak di Kimanis dan pusat terbabit hanya mampu menampung kapitsiti sekitar 250 orang penghuni sahaja, kini lebih 400 penagih ditempatkan di sana.

“Dengan cadangan pembinaan CCRC di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur kelak pasti memudahkan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menerima dan menghantar penagih di kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

“Pembinaan lebih banyak CCRC ini juga memudahkan ahli keluarga untuk berjumpa penagih ketika mereka menjalani rawatan. 

“CCRC khas untuk wanita juga perlu diwujudkan agar penghuni tidak bercampur dengan penghuni lelaki,” katanya ketika sidang media selepas Op Khas Adu pada Sabtu.

Turut hadir Komander Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Malaysia, Zainudin Abdullah, Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi dan Ketua Penguatkuasa AADK Kota Kinabalu, Lawrance Galleh. 

DUA penagih antara yang ditahan penguatkuasa AADK dalam Ops Adu.
DUA penagih antara yang ditahan penguatkuasa AADK dalam Ops Adu.

Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari itu, seramai 40 orang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah diperiksa dan 36 orang daripadanya positif ujian saringan air kencing. 

Operasi yang dijalankan turut dibantu dengan beberapa anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

  • oleh
  • Advertisement