Anda di sini

Belia diseru kembalikan kegemilangan Saribas

Advertisement
 

BELIA Saribas perlu sentiasa peka dan berubah mengikut perkembangan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial negara.

Demikian kata Presiden Persatuan Kemajuan Melayu Saribas (PERKEMAS), Abang Bolhassan dengan memberi contoh bahawa bangsa Saribas pada zaman kesultanan Brunei di Sarawak merupakan bangsa yang terbilang.

“Kerajaan negeri Saribas yang wujud sekitar abad ke-17 pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Pembesar Kesultanan Brunei, Pengiran Temenggung Datu Abdul Kadir.

“Terkenal sebagai sebuah pusat ekonomi sebelum Sarawak diserahkan kepada pemerintahan Brooke.

 

“Saya berharap agar generasi belia mengambil iktibar daripada kegemilangan sejarah Saribas ini untuk membuktikan bahawa generasi Saribas kini masih berupaya menandingi kegemilangan Saribas yang dahulu.

“Belia Saribas masa kini mesti terus berdaya saing agar tidak ketinggalan dalam apa jua faktor dan keadaan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial,” katanya ketika berucap pada Program ‘Belia Masih Ada Yang Sayang’ di Dewan LAKMD, Debak.

Program tersebut dianjur pihak PERKEMAS bermula 14 sehingga 16 September lalu bagi memperkasakan golongan belia dengan memberi pendedahan berkaitan kepimpinan dan gejala sosial.

 

PERKEMAS tambahnya bertuah kerana merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotai oleh ahli daripada pelbagai ideologi politik.

Walaupun berbeza ideologi politik dalam kalangan ahli, namun mereka sentiasa bersepakat dan bersatu hati demi memartabatkan Saribas.

Sementara itu, program tersebut disertai 70 belia Saribas berumur antara 15 sehingga 25 tahun.

 Abang Bolhassan bersama Razi (baris kedua, tengah) dan jemputan lain bergambar bersama para peserta Program ‘Belia Masih Ada Yang Sayang’.
CERIA: Abang Bolhassan bersama Razi (baris kedua, tengah) dan jemputan lain bergambar bersama para peserta Program ‘Belia Masih Ada Yang Sayang’.

Penceramah jemputan seperti mantan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Sarawak Salihin Kachon, Pengetua Institut Aminudin Baki Dr Abang Hud Abang Engkeh dan Setiusaha Akhbar Kementerian Kerja Raya Malaysia  Abang Zulkifli Abang Engkeh turut berkongsi pengalaman masing-masing pada program tersebut.

Majlis perasmian program telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Razi Sitam. Majlis turut dihadiri ketua-ketua masyarakat dan ahli-ahli PERKEMAS.

  • oleh
  • Advertisement