Anda di sini

60 premis dilapor jual barangan tidak bercukai

Advertisement
PIHAK Kastam menandatangani MoU dengan pihak MPS diwakili oleh Peter Hii.
PIHAK Kastam menandatangani MoU dengan pihak MPS diwakili oleh Peter Hii.

SANDAKAN: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato' Seri Haji Zulkifli Yahya berkata terdapat laporan untuk risik Kastam dan aduan terhadap 60 premis di Sabah termasuk 20 di Sandakan menjual barangan tidak bercukai terutamanya rokok dan minuman keras.

Beliau berkata aktiviti penyeludupan perlu dibanteras kerana kesannya kepada ekonomi negara selain mengancam kesejahteraan rakyat.

Beliau mengingatkan semua pihak agar memberikan kerjasama sepenuhnya seperti memaklumkan kepada jabatan berkenaan jika berlakunya barangan tidak bercukai yang tidak lulus kastam.

“Pihak kastam merekodkan negara kehilangan hasil kira-kira RM1 bilion ringgit tahun lepas akibat aktiviti penyeludupan rokok haram selain RM400  juta lagi daripada aktiviti penyeludupan minuman keras,” jelasnya.

Di Sabah sahaja Zulkifli berkata iaitu sepanjang 2018 apabila pihaknya berjaya merampas sebanyak 12 juta batang rokok dengan melibatkan cukai lebih RM8 juta.

Sehubungan dengan itu, katanya pihak kastam komited meme­rangi kegiatan penyeludupan di negara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana premis yang didapati menjual rokok dan minuman keras yang belum dibayar cukai.

Bagaimanapun, katanya usaha tersebut memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk agensi-agensi penguatkuasaan serta masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sesiapa yang menyeludup, menjual dan memiliki rokok atau minuman keras yang tidak bercukai di kawasan masing-masing.

"Ini adalah program pertama kali diadakan di daerah Sandakan kerana kita mendapat aduan dari masyarakat dan agensi lain bahawa terdapat barang-barang yang tidak lulus kastam diseludup masuk ke Sandakan seperti rokok dan minuman keras.

"Melalui pemantauan pihak kastam, kita telah kenal pasti tempat-tempat menjual dan akan melakukan pemeriksaan terhadap premis-premis seperti mana kita dapat aduan," katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran OPS Pacak 2018 di perkarangan Piazza Esplanade, Harbour Mall Sandakan, dekat sini, hari ini.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sandakan dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

  • oleh
  • Advertisement