Anda di sini

Pasukan Awat Awat FC julang Piala Pa Rim Pan 2018

Advertisement
 Aji Kadir (belakang, empat kanan) dan jawatankuasa penganjur meraikan kemenangan Pasukan Awat Awat FC sebagai juara.
RAI KEMENANGAN: Aji Kadir (belakang, empat kanan) dan jawatankuasa penganjur meraikan kemenangan Pasukan Awat Awat FC sebagai juara.
 Pasukan Maligan FC bergambar bersama hadiah kemenangan.
NAIB JUARA: Pasukan Maligan FC bergambar bersama hadiah kemenangan.
 Pasukan di tangga ketiga bergambar bersama jawatankuasa penganjur.
TETAP CERIA: Pasukan di tangga ketiga bergambar bersama jawatankuasa penganjur.

PASUKAN Awat Awat FC diumumkan sebagai sang juara pada Kejohanan Bolasepak Lelaki 9 Sebelah Terbuka sekali gus membawa pulang Piala Pa Rim Pan 2018 yang diadakan di Merapok, Lawas baru-baru ini.

Selaku juara pasukan Awat Awat FC membawa pulang wang tunai RM1,000.

Sementara itu Pasukan Maligan FC yang terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara menerima RM700, manakala Pasukan Munchu FC dan Pelakat FC berkongsi kedudukan ketiga bersama dan membawa pulang RM300.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Merapok ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada pemilik Restoran Pa Rim Pan, Awang Damit Ali Hasan.

Pengerusi penganjur Aji Kadir Bayan berkata, sukan bola sepak yang mempunyai ribuan peminat adalah wadah terbaik untuk menarik minat golongan muda bergiat aktif dalam aktiviti berfaedah sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini turut mengukuhkan lagi hubungan pihak sekolah bersama masyarakat, menggalakkan belia aktif dalam bidang sukan dan memupuk perpaduan,” katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Penolong Kanan Satu SMK Merapok Mohd Zain Matusin yang mewakili Awang Damit Ali Hasan.

Hadir sama ialah Penghulu Reduan Tahir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Merapok Josley Pengiran NYDP dan Pengerusi Komuniti Hulu Merapok Azman Satimin.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk gerai jualan dan persembahan menimbang bola dari Sipitang.

  • oleh
  • Advertisement