Anda di sini

Pasangan ‘Goblin’ Lee Dong-wook dan Yoo In-na kembali bersatu untuk ‘The Reach of Sincerity’

Advertisement
LEE DONG-WOOK  & YOO IN-NA
LEE DONG-WOOK & YOO IN-NA

MENURUT kepada beberapa sumber yang kini beredar di internet, pelakon Lee Dong-wook dan Yoo In-na dari Korea Selatan telah mengesahkan pembabitan mereka dalam sebuah drama baharu tvN berjudul ‘The Reach of Sincerity’.

‘The Reach of Sincerity’ adalah drama terbaharu oleh pengarah Park Joon-hwa mengenai seorang aktres terkemuka yang popularitinya jatuh menjunam selepas terlibat dengan skandal bersama chaebol generasi ketiga dan peguam yang jatuh cinta dengannya.

Lee Dong-wook akan berlakon sebagai seorang peguam bernama Kwon Jeong-rok (peranan itu pada mulanya telah ditawarkan kepada Jung Kyung-ho) manakala Yoo In-na adalah pelakon terkemuka Oh Jin-shim.

Lee Dong-wook dan Yoo In-na sebelum ini pernah berlakon bersama sebagai pasangan kekasih dalam sebuah lagi drama tvN berjudul ‘Goblin’ dan netizen sememangnya sangat teruja dengan penyatuan semula mereka.

Drama ‘The Reach of Sincerity’ adalah berdasarkan sebuah novel web dan dijadual akan ditayangkan pada Januari tahun hadapan.

Advertisement