Anda di sini

Tiada tolak ansur pelihara keselamatan negeri: Shafie

Advertisement
  Shafie bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob dan Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram Mohd Zakaria memberi kata-kata nasihat kepada para pelajar yang menerima Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah kepada para pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh negara di Menara Tun Mustapha semalam. — Gambar Bernama
MOTIVASI: Shafie bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob dan Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram Mohd Zakaria memberi kata-kata nasihat kepada para pelajar yang menerima Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah kepada para pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh negara di Menara Tun Mustapha semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan bertolak ansur dalam memastikan keselamatan negeri terpelihara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam.

Beliau menegaskan tindakan keras akan diambil ke atas anasir luar yang cuba membolosi sempadan negeri.

“Mana-mana anasir akan menggunakan berbagai kemudahan untuk melaksanakan niat jahat mereka.

“Penting bagi kita mengambil tindakan yang tegas dan keras sekiranya ada tanda-tanda jelas kumpulan (anasir jahat) itu mempunyai niat tidak baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan majlis penyampaian bantuan pendidikan ‘one-off’ Yayasan Sabah di sini.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri diminta mengulas kes dua lelaki dipercayai penculik, ditembak mati oleh pasukan keselamatan negara  di perairan Kunak berdekatan Pulau Boheyan malam kelmarin.

Mohd Shafie turut meminta pihak keselamatan meningkatkan risikan dan kawalan bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan. — Bernama

Advertisement