Anda di sini

Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak anjur ‘Silent Run 2.0’

Advertisement
 Sokongan moral orang ramai menjayakan ‘Silent Run 2.0’.
RAKAMAN KENAGAN: Sokongan moral orang ramai menjayakan ‘Silent Run 2.0’.
 Para peserta bersedia di garisan permulaan.
PELEPASAN: Para peserta bersedia di garisan permulaan.
 Para peserta bersama-sama menjayakan senamrobik.
TAMPIL CERGAS: Para peserta bersama-sama menjayakan senamrobik.

PERSATUAN Sukan Orang Pekak Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu telah mengadakan ‘Silent Run 2.0’ dengan acara pelepasan peserta bermula di Dewan Suarah Bintulu membabitkan jarak larian sejauh 5 kilometer.

Seramai 500 peserta termasuk kakitangan jabatan kerajaan, swasta, persatuan dan individu turut menyertai dan menjayakan program tersebut yang dianjurkan kali kedua tahun ini.

Acara dimulakan dengan senamrobik yang dikendali dan diketuai Jenny Renit yang merupakan jurutunjuk senamrobik Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu dan acara pelepasan peserta pula telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hussaini Hakim.

Hussaini yang baharu berpindah tugas ke Bintulu menyatakan rasa terharu dengan program anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak tersebut.

Beliau berharap agar diadakan pelbagai program lain bagi membantu persatuan itu dan menyatakan mengenai pendekatannya yang mengamalkan dasar pintu terbuka sekiranya persatuan itu berkeinginan untuk berbincang jika ada cadangan untuk menganjur program lain kelak.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak Albert Wong dengan menggunakan bahasa isyarat menyatakan amat gembira dan terharu atas sambutan dan kelancaran penganjuran Silent Run 2.0 tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan kerana membantu persatuan mereka menjayakan program itu dari mula hingga akhir.

Para penyumbang lain yang menjayakan Silent Run 2.0 ialah ParkCity Mall Bintulu, Ayam Brand dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.

Turut hadir pada program tersebut ialah Penyelaras Silent Run 2.0 Bintulu Abdul Mutalib, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Taddy Ajin dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu Kederi Yusof.

  • oleh
  • Advertisement