Anda di sini

Dua direman bantu siasatan kes keracunan alkohol di Perak

Advertisement
 Dua orang Pemilik Kedai Runcit dibawa ke mahkamah  bagi membantu siasatan berhubung dua kes kematian akibat keracunan alkohol di Mahkamah Majistret Ipoh dekat Ipoh, semalam. — Gambar Bernama
REMAN: Dua orang Pemilik Kedai Runcit dibawa ke mahkamah bagi membantu siasatan berhubung dua kes kematian akibat keracunan alkohol di Mahkamah Majistret Ipoh dekat Ipoh, semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Dua pemilik kedai runcit direman sehari bagi membantu siasatan kes keracunan alkohol yang menyebabkan dua maut pada Isnin dan Selasa lalu.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki, masing-masing berumur 35 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafizah Mohd Pauzi, di sini semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan ke atas dua kedai runcit di sini petang kelmarin.

Dalam serbuan itu polis merampas 43 tin minuman keras jenama ‘KingFisher Extra Strong’ dan 24 botol minuman keras jenama ‘KingFisher Premium’.

Setakat ini dua kematian direkodkan manakala tiga sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan dua daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi.

Kes kematian melibatkan mangsa berumur 50 tahun yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke HRPB di Ipoh pada awal pagi Isnin dan seorang lagi berusia 39 tahun disahkan mati di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa. — Bernama

Advertisement