Anda di sini

K'jaan tingkat usaha banteras anasir jahat

Advertisement
 SHAFIE menyerahkan bantuan kepada seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Yusof (dua kanan) dan Jamalul (kiri).
SHAFIE menyerahkan bantuan kepada seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Yusof (dua kanan) dan Jamalul (kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan meningkatkan usaha mengenal pasti anasir jahat yang mengancam keselamatan negara seterusnya mengambil langkah membanterasnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan keselamatan sempadan negara ini.

"Kita akan mengambil tindakan tegas dan keras untuk membanteras kejadian-kejadian yang melibatkan ancaman terhadap keselamatan negara khususnya di sini.

"Tindakan tegas itu diambil bagi memastikan sekiranya ada anasir-anasir yang datang dari luar Sabah membolosi sempadan negara dengan niat tidak baik maka tindakan tegas akan diambil," katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob dan Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram Mohd Zakaria.

Shafie berkata individu yang mempunyai niat jahat akan menggunakan apa juga kemudahan dan tidak hanya bot pam untuk membolosi sempadan negara.

Beliau diminta mengulas kejayaan pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki terlibat kegiatan menculik dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berhampiran Pulau Bohayan, Kunak malam Khamis lalu.

  • oleh
  • Advertisement