Anda di sini

Wangi Lai PLT menang tempat kedua pertandingan Selangor International Pitch

Advertisement
 Wangi Lai PLT menerima hadiah tempat kedua pada pertandingan Selangor International Pitch di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KOMPETITIF: Wangi Lai PLT menerima hadiah tempat kedua pada pertandingan Selangor International Pitch di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUCHING: Wangi Lai PLT, sebuah syarikat pemula Internet of Things (IoT) dari Sarawak, menduduki tempat kedua antara dua syarikat pemula dari Taiwan pada pertandingan Selangor International Pitch baru-baru ini.

Pertandingan itu  yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) merupakan sebahagian daripada Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandaraya Pintar Selangor 2018 yang dianjur bersama Majlis Teknologi Maklumat dan e-Perdagangan Selangir (SITEC), Menteri Besar Selangor Incorporated Selangor (MBI), Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Invest Selangor Berhad.

Wangi Lai PLT bertanding dengan membuat pembentangan kepada panel hakim untuk menentang barisan 29 syarikat pemula terkemuka lain yang kompetitif di rantau Asia Pasifik seperti Taiwan, Korea, China, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Inovasi mereka, BAWA Cane (www.bawa.tech) telah memukau hakim iaitu sejenis alat IOT ‘clip on’ untuk tongkat putih bagi membantu golongan cacat penglihatan.

BAWA Cane membantu pengguna dengan pergerakan dan navigasi dengan menggunakan alat pengesan IOT untuk mengelak dan mengesan halangan dengan lebih baik menerusi amaran awal mengenai persekitaran menerusi analtik data besar.

Maklumat ini dihantar ke pelayan awan (cloud server) dan kemudian kepada pengguna menerusi audio yang membolehkan mereka bergerak dengan selamat.

BAWA Cane dapat diperoleh di http://igg.me/at/getbawacane. dalam tempoh tertentu.

“Kami bangga dan berterima kasih kerana menjadi salah satu pemenang dalam pertandingan Selangor International Pitch 2018. Kemenangan ini akan membantu kami mengambil langkah yang perlu untuk memperkasa teknologi ini yang boleh mengubah mobiliti dan akses untuk mendapatkan apa yang mereka ingin capai,” kata Pengasas Bersama Wangi Lai PLT Daniel Vong.

“Kami percaya bahawa pemula kami mempunyai bakat, kemahiran dan cita-cita untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini. Pencapaian Wangi Lai PLTdi Selangor International Pitch membuktikannya.

“Justeru, bersama-sama dengan rakan kami di Sarawak, kami berharap untuk menyediakan sokongan berterusan membawa BAWA Cane ke peringkat seterusnya,” kata Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dr Zaidi Razak.

Wangi Lai PLT adalah salah satu pemenang dari ‘Pre-Accelerator Bootcamp’ yang pertama anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) iaitu program ‘bootcamp’ selama dua minggu yang direka untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mereka bermula dari idea sehingga pembangunan produk.

Wangi Lai PLT dijemput untuk berucap di Naidex, acara terbesar dan paling terkenal di Eropah untuk ‘Dissability Sector’ pada 26 dan 27 Mac di NEC Birmingham, United Kingdom.

Advertisement