Anda di sini

Mangsa lemas ditemukan orang awam

Advertisement
 

KINABATANGAN: Seorang remaja lelaki ditemukan mati lemas di Tanjung Panjang Sukau di sini pagi tadi (Isnin).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Zamzuri Awang, 18, ditemukan orang awam pada jam 4.30 pagi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan pada Ahad (16 September) kira-kira jam 7.17 petang berhubung kejadian seorang remaja dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di kawasan bekas peninggalan kuari.

"Sejurus itu operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak BBP Kinabatangan," katanya.

Bagaimanapun pada pagi Isnin, BBP Kinabatangan menerima laporan daripada pihak polis Kinabatangan bahawa mangsa lemas telah dijumpai oleh orang awam.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Kinabatangan.

  • oleh
  • Advertisement