Anda di sini

Bayi antara penerima sumbangan BSMM Penampang

Advertisement
SIMON (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.
SIMON (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

PENAMPANG: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Penampang mengambil langkah pantas dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Minintod, di sini hari ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 5 pagi itu melibatkan 12 buah rumah kongsi yang diperbuat daripada papan, dan empat buah kenderaan turut hangus dijilat api namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 40 orang terlibat dalam bencana ini iaitu 24 orang dewasa dan 16 orang kanak-kank termasuk seorang bayi berusia 4 bulan.

Buat masa ini mangsa ditempatkan di bilik kosong yang berdekatan dengan kawasan tersebut dan yang lain menumpang dengan keluarga masing-masing yang tinggal berdekatan.

BSMM daerah Penampang diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Simon Chin telah melawat keluarga mangsa dan menyalurkan sumbangan barang keperluan seperti berus gigi, ubat gigi, tuala muka, beras, minyak, sabun mandi, sabun cuci kain, kicap, garam, biskut dan milo.

Turut serta Naib Pengerusi 1 BSMM Daerah, Jimmy Hing; Pengerusi Kesihatan dan Khidmat Masyarakat, Ruby Yap dan Pegawai Penjaga Pasukan Bantuan Sukarela, Leslie Chan.

Advertisement