Anda di sini

S4S: Sarawak perlu dilayan dengan adil

Advertisement
S4S mengadakan perhimpunan aman sempena Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kuching, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
S4S mengadakan perhimpunan aman sempena Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kuching, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Orang ramai mula berhimpun seawal pukul 9 pagi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) berhimpun secara aman sebagai memperingati sejarah penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September di Padang Merdeka, di sini.

Kira-kira 50 orang awam termasuk ahli S4S menyertai perhimpunan itu seawal pukul 9 pagi, yang masing-masing membawa bendera, kain rentang sama ada memaparkan logo S4S ataupun bendera lama Sarawak.

“Tujuan kita mengadakan perhimpunan ini adalah untuk memberitahu orang ramai meskipun Sarawak sudah 55 tahun menyertai Malaysia, namun negeri kita dan Sabah masih ketinggalan dalam semua aspek terutama dari segi pembangunan sejak 16 September 1963.

“Sesungguhnya hari ini amat menyedihkan bagi kita,” kata jurucakap S4S KC Tan ketika ditemui di lokasi perhimpunan hari ini.

Beliau berkata sebelum menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak mempunyai status sebagai antara negara yang terlibat dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Malaysia.

"Bagaimanapun Sarawak dan Sabah masih tidak dilayan dengan adil," katanya.

Justeru, beliau menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membincangkan dengan kerajaan persekutuan tentang bagaimana Sarawak boleh memulihkan statusnya.

"Kita harap Ketua Menteri dapat melakukan apa sahaja untuk membantu Sarawak khususnya dalam memperjuangkan hak kita terutamanya dalam minyak dan gas demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement