Anda di sini

Kempen bersih pantai Marina Bay kutip 8,817kg sampah

Advertisement
 Peserta bersama-sama mengutip sampah di pantai Marina Bay pagi semalam.
PRIHATIN: Peserta bersama-sama mengutip sampah di pantai Marina Bay pagi semalam.

MIRI: Sebanyak 8,817. 4kg sampah berjaya dikumpul semasa aktiviti gotong-royong membersihkan pantai Marina Bay, pagi semalam.

Tiga pasukan berjaya mengumpul sampah terbanyak iaitu SMK Sains sebanyak 1288. 2kg, Go Kleen (1207.2kg) dan SMK Lutong (804.1kg).

Usaha murni itu dianjurkan sempena ‘World Clean Up Day’ serentak di seluruh dunia melibatkan lebih 150 negara, semalam.

Ia turut dianjurkan sempena Hari Malaysia hari ini dan Tahun Terumbu Karang Antarabangsa (IYOR) 2018.

Di sini, aktiviti dikendalikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri disertai lebih 1,200 orang bermula jam 7 hingga 10 pagi.

MNS turut dibantu Local Agenda 21 (LA21) Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Pustaka Negeri Sarawak Miri, Coco Cabana Miri, Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) serta Junior Chamber International (JCI) Cabang Riam, Lutong dan Miri.

Kerjasama pelbagai pihak diharap dapat mencapai matlamat pembangunan mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usaha meningkatkan pemahaman dan sokongan umum menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar diteruskan dengan pertandingan ‘Upcycle Ocean Trash’ hari ini.

Ia merupakan pertandingan mencipta produk menggunakan sampah dari laut bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang di Coco Cabana.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 19 Oktober di Coco Cabana.

Advertisement