Anda di sini

Sabah perlukan lebih ramai tenaga doktor, doktor pakar

Advertisement
STEPHEN dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong menunjukkan ‘thumbs up’ semasa mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Abaca.
STEPHEN dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong menunjukkan ‘thumbs up’ semasa mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Abaca.

TAWAU: Sabah kekurangan tenaga doktor dan doktor pakar malah statistik seluruh negara menunjukkan negeri ini ketinggalan sekali ganda berbanding nisbah kebangsaan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata statistik kebangsaan menunjukkan seorang doktor mewakili 600 penduduk (1:600) di negara ini.

“Tetapi di Sabah, seorang doktor perlu menjaga 1, 200 penduduk, malah nisbah doktor pergigian lebih ketara, iaitu 1:12,000, berbanding 1:400 mengikut nisbah kebangsaan.

“Statistik itu belum lagi termasuk nisbah untuk doktor pakar dan penduduk,” katanya, semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Projek Pembangunan Tawau Specialist Hospital (TSH), di sini hari ini.

Projek itu dibangunkan di tanah seluas kira-kira dua ekar di Jalan Abaca, belakang premis TSH melibatkan pembinaan bangunan tambahan baharu yang dijangka siap 24 bulan.

Stephen berkata kemudahan fasiliti juga amat diperlukan walaupun sehingga kini Sabah sudah mempunyai 24 hospital, 129 Klinik Kesihatan dan klinik-klinik di pedalaman.
 
“Sebagai kementerian baharu dalam Kabinet Negeri, kita akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaiktaraf aspek kesihatan di negeri ini.

“Khususnya, luar bandar yang serba kekurangan dan kita juga akan membangunkan perkhidmatan digital serta menangani isu parkir di semua hospital kerajaan,” katanya.

Menyentuh kewujudan TSH di Tawau pula, beliau optimis hospital pakar swasta itu mampu mendorong perkembangan positif daerah ini sebagai hub pelancongan kesihatan.

Berikutan, kedudukan Tawau yang strategik dan berhampiran dengan wilayah negara jiran, Indonesia, serta bermanfaat untuk warga dari Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

“Saya amat gembira dengan langkah yang diambil TSH untuk menambah fasiliti sedia ada mereka demi menampung keperluan rakyat Tawau dan kawasan sekitarnya.
 
“Kerajaan sememangnya menggalakkan pembangunan hospital pakar swasta sebagai pilihan altenatif penjagaan kesihatan berkualiti kepada anggota masyarakat,” katanya.

Malah, beliau juga percaya apabila projek menambah bangunan tambahan TSH itu siap kelak, premis terbabit mampu menarik lebih ramai pakar perubatan untuk berkhidmat.

“Sekaligus merancakkan sektor lain yang berkaitan, misalnya perkhidmatan insurans kesihatan dan perbankan untuk menjana pertumbuhan ekonomi di Tawau,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement