Anda di sini

Majlis Makan Malam di DUN rai Hari Malaysia peringkat Sarawak

Advertisement
 Abdul Karim bercakap tentang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Abdul Karim bercakap tentang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kuching, semalam.

KUCHING: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak pada 16 September ini akan diraikan menerusi Majlis Makan Malam di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, majlis itu akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

“Turut hadir ialah Ke-tua Menteri Datuk Pa-tinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang,” katanya sambil menambah majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sidang media berkenaan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Bangunan DUN di sini, semalam.

Selain kehadiran tetamu kenamaan, Abdul Karim berkata, majlis tersebut juga akan dihadiri de-ngan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri termasuk pemimpin dari parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.

“Malah, kita turut menjemput pelajar universiti, sekolah menengah dan rendah bagi memberi peluang kepada mereka mengenali sekali gus menghayati  perjuangan dan sejarah pembentukan Malaysia pada tarikh bersejarah itu iaitu 16 September.

“Dijangka seramai 550 tetamu jemputan akan hadir untuk bersama-sama me-raikan sambutan Hari Malaysia tahun ini,” katanya.

Menurutnya, majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik terma-suk persembahan sketsa dan video tentang pembentukan Malaysia.

“Turut diadakan persem-bahan bacaan puisi yang akan memfokuskan kepada perjuangan dan bagaimana berlakunya penubuhan Malaysia serta persembahan kebudayaan pelbagai kaum dari Bumi Kenyalang,” katanya.

Advertisement