Anda di sini

Zidane sedia ambil alih tugas Mourinho di Old Trafford

Advertisement
ZIDANE
ZIDANE

MADRID, Sepanyol: Zinedine Zidane ada berkata ‘ya’ untuk menjadi pengurus baharu Manchester United sekiranya Jose Mourinho dipecat.

Ia adalah menurut satu laporan mengejut di Sepanyol yang mendakwa bekas jurulatih Real Madrid itu dijangka akan mengambil alih tugas di Old Trafford.

Dan ia dikatakan telah mengejutkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez, yang merasakan Zidane akan berehat selama satu musim.

Mourinho ketika ini berada dalam tekanan selepas permulaan musim yang hambar dan juga persoalan tentang perhubungan dingin beliau dengan pemain tengah Paul Pogba dan pegawai eksekutif kelab, Ed Woodward.

Akhbar El Confidencial mendakwa Zidane tertarik dan berkata ‘ya’ ketika menanti Mourinho dipecat pada satu tempoh dalam musim ini.

Zidane diletakkan sebagai pilihan untuk menggantikan Mourinho oleh beberapa syarikat pertaruhan beberapa hari yang lalu.

Dan apabila ditanya tentang kembali menjadi jurulatih dalam masa terdekat, Zidane berkata: “Sudah tentu tidak lama lagi saya akan kembali melatih kerana saya menyukainya dan saya sudah melakukannya sepanjang hidup saya.”

Zidane meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid pada akhir musim lepas selepas memenangi trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Laporan mendakwa Zidane berminat untuk mengisi jawatan di United kerana beliau akan mempunyai kawalan ke atas pembelian pemain.

Ia adalah sesuatu yang beliau tidak miliki semasa menjadi jurulatih di Real Madrid.

Tetapi pengulas bola sepak untuk penyiaran ESPN, Craig Burley memberi amaran tentang Zidane mengambil alih tugas Mourinho di Old Trafford.

“Jelas sekali beliau harus memilih,” jelas Burley.

“Tetapi saya fikir beliau harus membuat pilihan dengan berhati-hati. Satu risiko (jika beliau ke United). Ia tidak akan berubah kecuali perubahan drastik dengan pemain, yang tidak akan berlaku, maka kita tahu betapa sukar tugas untuk merapatkan jurang itu.

“Terutama sekali kepada Manchester City tetapi mungkin kepada Liverpool, yang berbelanja besar.

“Saya tahu United menamatkan musim lepas di atas mereka (Liverpool) tetapi kelab Anfield itu kelihatan lebih meningkat ketika ini. Ia satu risiko.”

United akan menentang Watford pada aksi Liga Perdana Sabtu ini. — Reuters

Advertisement