Anda di sini

Sebabkan kematian, tukang urut dipenjara 25 tahun, denda RM5,000

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang tukang urut berusia 26 tahun yang menyebabkan kematian rakan sekerjanya, dikenakan penjara 25 tahun dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Jestery Ayang setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan di luar munasabah terhadap tertuduh.

Sebelum ini, tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian Norfazlina Abantas, 19, pada 9 Oktober sekitar jam 12.01 pagi dan 1 pagi di sebuah pusat Spa, Jalan Mat Salleh Tanjung Aru, di sini.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan.

Semasa rayuan, tertuduh diwakili Datuk Maijol Mahap memohon hukuman penjara dikurangkan iaitu tidak lebih dari 15 tahun kerana anak guamnya berasal dari keluarga miskin.

Selain itu katanya, Jestery juga memiliki seorang isteri, seorang anak lelaki dan ibu bapa yang masih dalam tanggungannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja menegaskan bahawa hukuman setimpal perlu dikenakan kepada tertuduh disebabkan kesalahan yang dilakukan terhadap mangsa yang tidak bersalah.

Tambah Dinesh, ketika perbicaraan kes, terdapat bukti yang menunjukkan tertuduh mengganggu mangsa.

  • oleh
  • Advertisement