Anda di sini

Projek pembinaan Hospital Seri Iskandar diutamakan: Baru Bian

Advertisement
 Ahmad Faizal (kanan) bergambar bersama Baru Bian pada sesi kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar, di Ipoh semalam. — Gambar Bernama
KUNJUNGAN HORMAT: Ahmad Faizal (kanan) bergambar bersama Baru Bian pada sesi kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar, di Ipoh semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Kementerian Kerja Raya akan memberi keutamaan kepada pembinaan Hospital Seri Iskandar kira-kira 40 kilometer dari sini kerana ia memberi manfaat kepada rakyat, demikian jamin menterinya Baru Bian.

Beliau berkata dalam keadaan kewangan negara yang begitu mencabar, pihaknya akan mengutamakan beberapa projek oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini terutamanya yang memberi kepentingan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau bersedia berbincang dengan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang sudah diluluskan oleh kerajaan terdahulu namun ditangguhkan oleh kerajaan semasa berikutan kedudukan kewangan negara yang tidak mengizinkan.

“Kalau betul projek (projek pembangunan yang perlu diteruskan) ini adalah kritikal dan perlu dilanjutkan dan diteruskan, kita akan bincang sekali lagi dengan Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan bagaimana kita boleh teruskan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan de-ngan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu di Ba-ngunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri yakin dengan kepimpinan Baru dan seluruh barisan kabinet untuk memastikan projek berkenaan diteruskan mengikut kemampuan kerajaan.

“Keutamaan kami ketika ini adalah rakyat dan dalam hal ini Perak dan Kementerian Kerja Raya satu hati,” katanya. — Bernama

Advertisement