Anda di sini

Pekerja Reuters di Myanmar dipenjara bukan kerana kewartawanan: Suu Kyi

Advertisement
 Suu Kyi (kanan) berbincang dengan Borge Brende, presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF)                 di  WEF mengenai ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Hanoi semalam. — Gambar AFP
BINCANG: Suu Kyi (kanan) berbincang dengan Borge Brende, presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF) di WEF mengenai ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Hanoi semalam. — Gambar AFP

HANOI: Pemimpin hakiki Myanmar Aung San Suu Kyi semalam berkata dua wartawan Reuters yang dipenjara kerana menyiasat pembunuhan beramai-ramai di negeri Rakhine disabit kesalahan bukan kerana mereka adalah wartawan tetapi kerana mereka melanggar undang-undang.

Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, masing-masing dipenjara selama tujuh tahun pada minggu lepas kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi yang keras di negara itu ketika melaporkan kekejaman yang dilakukan sewaktu operasi ketenteraan di Rakhine.

Hukuman itu mencetuskan kemarahan global kerana ia dianggap sebagai satu serangan ke atas kebebasan bersuara, manakala Suu Kyi, yang selama ini merupakan juara hak asasi manusia, menerima tekanan yang kuat kerana gagal bersuara untuk kedua-dua wartawan.

Beliau akhirnya bercakap mengenai isu itu semalam dalam satu perbincangan di Forum Ekonomi Dunia, dan dengan tegas mempertahankan keputusan mahkamah untuk memenjarakan kedua-dua wartawan.

“Mereka tidak dipenjara kerana mereka adalah wartawan” tetapi kerana “mahkamah memutuskan mereka telah melanggar Akta Rahsia Rasmi,” katanya dalam ke-nyataan langsung pertama-nya mengenai isu itu.

Sambil mencabar pengkritik keputusan itu – termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kumpulan hak asasi manusia yang pernah mengagung-agungkannya dan Naib Presiden Amerika Syarikat – untuk “menunjukkan” di mana keadilan telah gagal ditegakkan, Suu Kyi berkata kes itu menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Kes itu diadakan di mahkamah terbuka. Saya rasa tidak ada orang yang telah bersusah-payah untuk membaca keputusan hakim,” ujarnya.

“Operasi pembersihan” yang diketuai tentera pada Ogos tahun lepas mengusir 700,000 orang Rohingya ke Bangladesh, yang membawa bersama mereka laporan yang berleluasa mengenai kekejaman – pencabulan, pembunuhan dan pembakaran – oleh tentera dan polis Myanmar.

Pemberita Reuters terba-bit menafikan tuduhan, dan menegaskan mereka telah difitnah ketika mendedahkan pembunuhan 10 orang Muslim Rohingya di perkampu-ngan Inn Din pada September tahun lepas.

Pada minggu ini, pejabat hak asasi manusia PBB me-nuduh Myanmar “melancarkan kempen terhadap wartawan”.

Ia mengecam “penggunaan undang-undang dan mahkamah oleh kerajaan dan tentera dalam apa yang dianggap sebagai kempen politik terhadap kewartawanan bebas”.

Suu Kyi, yang setakat ini melenting dengan kritikan asing terhadap negaranya dan mempertahankan ope-rasi ke atas “pengganas” dari masyarakat minoriti Muslim, turut bercakap mengenai cara tentera menangani krisis berkenaan.

“Sudah tentulah terdapat cara, bila merenung balik, di mana situasi itu sebenarnya dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya dalam kenya-taan yang jarang dibuat me-ngenai operasi tersebut.

Myanmar telah menerima tekanan diplomatik yang kuat sejak beberapa minggu lepas, dan pejabat hak asasi manusia PBB memberi tumpuan khusus kepada ketua ten-teranya yang berpengaruh kerana peranannya dalam usaha mengusir orang Rohingya dari negara tersebut.

Orang Rohingya yang tidak mempunyai negara dinafikan kerakyatan di Myanmar dan dibenci ramai di negara majoriti pengikut Buddha itu. — AFP

Advertisement