Anda di sini

Misi bantuan asnaf Shukri Yahaya pada Hari Malaysia

Advertisement
 Peminat Shukri Yahaya dapat menyaksikan sendiri aktiviti dan kerja amal artis kesayangan mereka itu dalam telefilem ‘Akil & Juan’ yang akan ditayangkan esok (15 September), jam 9 malam hanya di TV3.
MALAM ESOK: Peminat Shukri Yahaya dapat menyaksikan sendiri aktiviti dan kerja amal artis kesayangan mereka itu dalam telefilem ‘Akil & Juan’ yang akan ditayangkan esok (15 September), jam 9 malam hanya di TV3.

SEMPENA sambutan Hari Malaysia, yang akan diraikan pada 16 September ini, Shukri Yahaya mengambil inisiatif untuk meringankan beban golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam menjalankan aktiviti mulia ini, Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakonnya seperti Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli.

Buat para peminat mereka juga dapat saksikan aktiviti-aktiviti mereka dalam telefilem ‘Akil & Juan’ yang akan ditayangkan esok (15 September), jam 9 malam di TV3.

Telefilem ‘Akil & Juan’ ini diterbitkan oleh Frontrow Pictures Sdn Bhd di bawah pengarahan Feroz Kader. Telefilem yang bersifat patriotik ini membariskan pelakon-pelakon seperti Shukri Yahaya, Zarina Zainuddin. Syazwan Zulkifli, Boniface Uyan, dan Muhammad Shahidan Abdullah.

‘Akil & Juan’ mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.

Bagi Juan, kehidupan akan menjadi lebih baik sekiranya dia dapat hidup di Kuala Lumpur seperti abangnya, Rahman dan berusaha mencapai cita-cita yang diidamkan selama ini.

Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf.

SHUKRI YAHAYA
SHUKRI YAHAYA

Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.

Juan suka melihat kecekalan Akil yang tetap berusaha mengambil upah membantu warga flat membeli barangan dapur.

Persahabatan mereka semakin utuh apabila mereka saling berkongsi pengalaman mereka.

Juan juga berkongsi ilmunya pada Akil, dan Akil banyak menyedarkan Juan bahawa hidup di bandar tidak semestinya senang, malah terselit juga keperitan tidak seperti yang Juan bayangkan.

Namun, persahabatan mereka tercabar apabila ibu Akil, meninggal dunia dan Akil melarikan diri dengan adiknya. Juan susah hati kerana dia juga akan kembali ke Sarawak tidak lama lagi dan ingin mencari Akil serta membantu Akil.

Juan, Rahman dan jiran mereka Fahmi mencari Akil di seluruh pelosok kota.

Dapatkah mereka bertemu Akil dan adiknya? Apakah nasib Akil setelah kematian ibu mereka? Saksikan kisah persahabatan unggul Akil & Juan malam esok hanya di TV3.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #dramasangat untuk hangatkan lagi perbualan di alam maya.

Advertisement