Anda di sini

KPDNHEP Sibu periksa 72 premis perniagaan sejak SST diperkenal

Advertisement
 Pegawai penguat kuasa KPDNHEP memeriksa barangan yang dijual di sebuah premis perniagaan di Sibu.
PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP memeriksa barangan yang dijual di sebuah premis perniagaan di Sibu.

SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu memeriksa 72 premis perniagaan selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September lepas.

Ketua KPDNHEP Sibu Roslee Maslie berkata, premis perniagaan yang diperiksa itu termasuk restoran.

“Hasil pemeriksaan, kesemua permis perniagaan ini mematuhi peraturan dan tidak berlaku kenaikan harga barang,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Menurut Roslee, pihak kementerian bagaimanapun menerima tiga aduan daripada orang awam.

“Aduan ini berkaitan dengan SST dan dirujuk kepada Jabatan Kastam,” jelasnya sambil menambah pegawai KPDNHEP akan terus membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Berkuatkuasa 1 September lepas, kerajaan telah melaksanakan SST dengan mengenakan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan, menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Advertisement