Anda di sini

Kemalangan berantai babitkan empat kenderaan dekat Jambatan Tun Salahuddin

Advertisement
 

KUCHING: Satu kemalangan berantai membabitkan empat kereta berlaku berdekatan Jalan Jambatan Tun Salahuddin hari ini.

Difahamkan tiga kereta tersebut dari arah Pending menuju ke Bulatan Jalan Gersik apabila sebuah daripada kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu dirempuh dari arah belakang.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan beberapa anggota polis turut hadir di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas.

Difahamkan pemandu dan penumpang keempat-empat kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

(Gambar oleh Chimon Upon)

 
 
Advertisement