Anda di sini

Jerayawara Pokka di Everrise Vivacity

Advertisement
 (Dari kiri) James, Alex, Boon dan Kelvin memperkenalkan Jerayawara Pokka di Everrise Vivacity.
JOM SERTAI KAMI: (Dari kiri) James, Alex, Boon dan Kelvin memperkenalkan Jerayawara Pokka di Everrise Vivacity.

KUCHING: Pasar Raya Everrise di Pusat Beli-Belah Vivacity akan mengadakan Jerayawara Pokka dari 14 hingga 24 September ini yang menawarkan pelbagai ganjaran istimewa kepada pelanggan.

Dengan setiap pembelian produk Pokka bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit tunggal, pelanggan layak untuk menyertai aktiviti putar dan memang (satu peluang putaran roda) bagi memenangi hadiah menarik yang disediakan.

Manakala bagi pembelian mana-mana dua perisa kopi Pokka 500ml, pelanggan akan membawa pulang satu botol Pokka Cappucino Coffee 500ml percuma sementara stok masih ada.

Selain itu, pelanggan yang membawa dua botol kosong Pokka 500ml atau satu botol kosong Pokka 1.5 liter atau dua peket kosong 1 liter Pokka akan layak untuk membuat penukaran bagi satu jus anggur Pokka Kiyo Kyoho 250ml di kuanter perkhidmatan yang dibuka sepanjang jerayawara itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi jerayawara itu di Everrise Vivacity.

Hadir sama Penyelia Everrise Vivacity James Lambi, Penolong Eksekutif Alex Kong, Penyelia Jualan Pokka Boon Chau Liang dan Eksekutif Jualan Kanan Kelvin Chew.

Advertisement