Anda di sini

Hampir 90 daripada 755 permohonan permit kenderaan perdagangan diluluskan LPKP

Advertisement
Loke (kanan)  bersama Syafiq (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei, semasa sidang media selepas majlis penyerahan STK di IIC di sini, hari ini
Loke bersama Syafiq (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei, semasa sidang media selepas majlis penyerahan STK di IIC di sini, hari ini

KUCHING: Hampir 90 peratus daripada 755 permohonan permit kenderaan perdagangan di negeri ini diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, permohonan berkenaan adalah yang tertunggak selama empat bulan ekoran daripada tiada mesyuarat lembaga diadakan selain belum melantik pengerusi lembaga.

"Sehubungan itu sementara menunggu pelantikan pengerusi lembaga kita melantik Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah sebagai pemangku pengerusi.

"Dengan itu LPKP Sarawak telah mengadakan mesyuarat lembaga pada 12 dan 13 September lepas yang menyaksikan 90 peratus daripada 755 permohonan tertunggak di Sarawak telah diluluskan," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) LPKP Sarawak yang dihadiri Syafiq dan Pengarah LPKP Sarawak Razami Mohamad Jamali di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, hari ini.

Katanya, permohonan berkenaan terdiri daripada permit untuk kereta sewa satu, bas sekolah (lapan), bas pekerja (21), bas ekspres (dua), lori jenis C (41) dan lori jenis A (617).

"Ia melibatkan beberapa zon iaitu Kuching, Sibu dan Miri tetapi kebanyakkan permohonan adalah di zon Kuching," katanya.

Sementara itu katanya, hanya sebilangan kecil sahaja ditolak mungkin disebabkan borang tidak lengkap, kurang maklumat dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Loke, mereka yang ditolak permohohan masih ada ruang untuk membuat rayuan.

Beliau memberi jaminan sebaik sahaja mesyuarat lembaga bulanan akan diadakan berkala mulai bulan hadapan, tiada lagi permohonan permit yang tertunggak dan akan diproses setiap bulan.

  • oleh
  • Advertisement