Anda di sini

KRT, SRS perlu digerak secara optimum kukuh perpaduan

Advertisement

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani masalah kecurian ikan milik pengusaha perikanan di daerah ini.

“Pasukan khas ini akan dianggotai oleh pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, komersial, narkotik dan marin,” katanya ketika sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha perikanan di Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan, Isnin.

Turut hadir di majlis berkenaan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah George Hiew, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengerusi Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan Lee Shau Kun.

Beliau berkata pihaknya juga akan melibatkan pihak Majlis Perbandaran Sandakan dalam pasukan ini.

Azhar berkata pihaknya akan mengambil tindakan dan siasatan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pengusaha perikanan berkenaan.

Dalam pada itu juga, beliau menegaskan pihaknya akan mengambil perhatian serius berhubung aduan pengusaha perikanan ini yang mendakwa terdapatnya gengster yang sedang menjalankan aktiviti melibatkan pekerja-pekerja mereka.

“Pihak kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak pengusaha perikanan ini untuk menangani dua isu berkenaan,” katanya.

Mengenai kejadian seorang lelaki menyerang anggota bertugas memadam kebakaran di Kampung Gelam, Azhar berkata pihaknya telah menahan lelaki berkenaan yang berumur 32 tahun.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam,” katanya.

Sementara itu mengenai isu pengusaha perikanan, George Hiew meminta pengusaha-pengusaha perikanan ini memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis berhubung isu kecurian ikan berkenaan.

“Penubuhan satu pasukan khas menangani kes ini adalah satu tindakan yang baik bagi menahan pihak-pihak terlibat dalam masalah kecurian tangkapan,” katanya.

Advertisement