Anda di sini

Kesedaran tentang bahaya diabetes masih rendah

Advertisement
DR VOON
DR VOON

KUCHING: Kesedaran tentang bahaya diabetes dalam kalangan rakyat Sarawak ketika ini masih rendah menyebabkan ramai pesakit mengalami komplikasi lain yang boleh membawa maut.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Cawangan Sarawak Dr William Voon sambil menambah, diabetes kini dikategori sebagai masalah kardiovaskular iaitu sama bahaya dengan penyakit jantung.

“Ramai rakyat Sarawak tahu mengenai diabetes mellitus atau kencing manis terutama di bandar tetapi mereka tidak tahu diabetes sangat berbahaya.

“Sekarang diabetes dikategori sebagai ‘kecacatan’ kardiovaskular, bermakna sama bahaya dengan penyakit jantung kerana ia penyebab penyakit-penyakit lain yang lebih berbahaya,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Borneo kelmarin.

Menurut Dr Voon yang juga pengamal perubatan, diabetes merupakan penyebab penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, buta, pemotongan kaki, kerosakan saraf (gangren) dan angin ahmar.

“Diabetes mempunyai hu-bungan yang sangat rapat dengan penyakit-penyakit berbahaya ini, tetapi malangnya ramai masih tidak tahu mengenai bahaya diabetes.

“Paling teruk walaupun ada yang tahu komplikasi diabetes mereka tetap tidak mahu mengubah gaya hidup terutama dari segi diet,” ujarnya.

Beliau berkata ramai pesakit memberitahu bahawa mereka tidak boleh mengubah gaya hidup kerana makanan yang ada di Malaysia dan Sarawak sangat sedap.

Katanya makanan di negara ini sangat sedap tetapi mempunyai kandungan karbohi-drat yang tinggi dan makanan adalah punca utama rakyat Malaysia dewasa mendapat diabetes.

“Pesakit diabetes mesti menjaga pemakanan mereka selain melakukan senaman secara konsisten.

“Perkara paling penting ialah pesakit mesti tahu mengawal diabetes mereka, jika tidak apa jua ubat yang diambil tidak akan berkesan,” katanya.

Tambahnya pesakit di-abetes tidak akan meng-alami komplikasi lain, jika pandai mengawal diabetes mereka.

Dalam pada itu Dr Voon berkata kes diabetes di Sara-wak menunjukkan peratusan membimbangkan iaitu 18 peratus ketika ini berban-ding 21 peratus di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata walaupun peratusan kes diabetes di Sarawak masih rendah berbanding peringkat kebangsaan, ia bukan jumlah yang boleh diterima begitu sahaja kerana kini sudah ada pesakit seawal 30 tahun sudah men-derita penyakit itu.

“Ini berlaku disebabkan ta-biat pemakanan kita, rakyat kita ramai mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti yang seterusnya kalau tidak dikawal menyebabkan di-abetes.

“Diabetes berlaku kerana tisu-tisu lemak khususnya yang ada di dalam usus menyebabkan insulin tidak dapat bekerja dengan baik atau pankreas gagal berfungsi dengan baik sehingga paras gula dalam darah tidak dapat dikawal,” jelasnya.

Beliau memberitahu, lazim-nya diabetes dialami rakyat Malaysia ialah jenis kedua, disebabkan kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin berkurangan.

Pesakit ini perlu mengawal pengambilan makanan, mengurangkan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan.

Suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu jika pengambilan ubat kurang berkesan atau memberi kesan sampingan serius kepada pesakit.

  • oleh
  • Advertisement