Anda di sini

Wushu sumbang emas pertama Sarawak pada SUKMA XIX

Hui Xuan menerima pingat emas yang disampaikan oleh Abdul Karim.
Hui Xuan menerima pingat emas yang disampaikan oleh Abdul Karim.
Abdul Karim rakam gambar kenangan bersama empat peserta yang menyumbang pingat pada hari ini.
Abdul Karim rakam kenangan bersama empat peserta yang menyumbang pingat pada hari ini.

GOPENG, Perak: Sarawak berjaya memperolehi emas pertama Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XIX Perak 2018 yang disumbangkan Lee Hui Xuan dalam sukan wushu menerusi acara Nandao Wanita dalam pertandingan yang diadakan di Kolej Matrikulasi Perak, hari ini. 

Hui Xuan berjaya mengumpul mata tertinggi 9.54 untuk menewaskan peserta dari Melaka, Tan Cheong Min yang memperolehi 9.46 mata. 

Sarawak turut merangkul dua pingat perak dan satu gangsa juga menerusi wushu di venue yang sama. 

Dua pingat perak disumbangkan oleh Elvic Bong Qian Zheng menerusi acara Jianshu Lelaki dan Stephanie Ngu Chai Ern dalam acara Jianshu Wanita. 

Sementara itu, pingat gangsa disumbangkan Clement Thian Fung Seng menerusi acara Gunshu Lelaki. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Belia dan Sukan merangkap Chef-De-Mission, Datuk Snowdan Lawan hadir menyaksikan pertandingan.