Anda di sini

Remaja parah diserang buaya

Advertisement
 

SWD ambil tindakan segera tangkap buaya

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) akan mengambil tindakan segera mengenai serangan buaya terhadap seorang remaja lelaki ketika mandi di sungai Jalan Pordeco, Kampung Melayu Batu 8, tengahari Isnin.

Pengarah SWD Augustine Tuuga berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

“Pihaknya akan melancarkan gerakan mengesan buaya terbabit di sekitar sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya akan menangkap buaya terbabit dengan pemasangan perangkap atau sebaliknya.

Pihaknya juga akan memasang papan tanda bagi memberi amaran kepada penduduk sekitar supaya mereka mengetahui ada buaya di sungai berkenaan.

Augustine menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika mandi di sungai itu bagi mengelak menjadi mangsa serangan.

Dalam kejadian 12.30 tengahari itu, mangsa dikenali sebagai Arsil Alkamal, 13, mengalami kecederaan parah selepas diserang buaya ketika mandi di sungai berdekatan rumah makciknya.

Mangsa berjaya diselamatkan daripada dibaham buaya itu selepas sepupu dan rakan-rakan berusaha menariknya keluar dari sungai dan dilepaskan oleh buaya itu.

Penduduk kampung kemudiannya menghantar mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan lutut ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan.

Mangsa telah menerima 15 jahitan di bahagian dada sebelah kanan dan empat jahitan belakang sebelah kanan. Mangsa juga mengalami dua kecederaan di bahagian lutut dan lima kesan koyakan di paha.

  • oleh
  • Advertisement