Anda di sini

Murid perempuan dikhuatiri dibaham buaya

Advertisement
MANGSA
MANGSA

TAWAU: Seorang murid perempuan dilaporkan hilang ketika mandi di sungai serta dikhuatiri lemas dan menjadi mangsa buaya di Kg Kalabakan, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa dikenali sebagai Nur Aliyah Ansar berusia lapan tahun dan tinggal di Kg Atur Maju Kalabakan.

GERAKAN SAR disambung semula pada jam 8 pagi Selasa selepas ditangguhkan pada jam 10 malam Isnin.
GERAKAN SAR disambung semula pada jam 8 pagi Selasa selepas ditangguhkan pada jam 10 malam Isnin.

“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan semenjak jam 7 petang sehingga 10 malam melibatkan Pasukan Bomba Sukarela bersama penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan berhubung status kes terbabit kepada pemberita di sini pada Selasa, dan mengesahkan operasi SAR masih lagi dijalankan.

Menurutnya, gerakan SAR dihentikan pada jam 10 malam mengambil-kira faktor keselamatan berikutan cuaca gelap dan paras air di Sg Kalabakan yang semakin tinggi.

“Operasi itu disambung semula pada jam 8 pagi tadi melibatkan pegawai dan empat anggota polis Kalabakan serta empat anggota Pasukan Polis Marin Tawau,” katanya.

ORANG awam turut membantu dalam usaha mengesan keberadaan mangsa dan memastikan status sebenar kanak-kanak terbabit.
ORANG awam turut membantu dalam usaha mengesan keberadaan mangsa dan memastikan status sebenar kanak-kanak terbabit.

Fadil berkata SAR terbabit juga disertai seorang pegawai dan tujuh anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau serta 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan.

Turut membantu, kira-kira 60 penduduk kampung yang menggunakan bot dalam usaha mengesan keberadaan mangsa serta memastikan status sebenar kanak-kanak terbabit.

  • oleh
  • Advertisement