Anda di sini

Kerajaan perketat maklumat risikan: Shafie

Advertisement
TUAN Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin (depan) bersama Ketua Menteri DSP Mohd. Shafie Apdal bersalaman dengan para hadirin.
TUAN Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin (depan) bersama Ketua Menteri DSP Mohd. Shafie Apdal bersalaman dengan para hadirin.

KOTA KINABALU: Maklumat risikan dan rondaan di sempadan perairan negeri ini terus diperketatkan sebagai tindakan susulan berhubung kes penculikan dua nelayan warga Indonesia di Pulau Gaya Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun mangsa bukan waranegara Malaysia, namun kerajaan akan membantu sedaya upaya dalam mendapatkan maklumat mengenai mangsa.

"Kita bukan hanya mengambil tindakan untuk melindungi rakyat, tetapi juga mereka yang datang ke negeri ini.

"Apa juga tindakan yang diambil, kita perlu memastikan nyawa mangsa dilindungi kerana mereka diculik di sempadan kita.

"Justeru, ini menjadi tanggungjawab kita untuk membantu negara jiran," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha sedang digiatkan menerusi tindakan risikan pasukan keselamatan bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian terbabit.

Setakat ini, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kedua-dua mangsa turut bekerja di ladang-ladang berhampiran untuk mencari nafkah sampingan.

Terdahulu, kira-kira jam 12 tengah malam Selasa, dua nelayan warga Indonesia dipercayai diculik kumpulan yang terlibat dengan aktiviti culik untuk wang tebusan (KFR).

  • oleh
  • Advertisement