Anda di sini

Dua nelayan diculik kumpulan KFR di Semporna

Advertisement
PEMANGKU Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata sesuatu ketika ditemui media di sini pagi tadi.
PEMANGKU Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata sesuatu ketika ditemui media di sini pagi tadi.

KOTA KINABALU: Dua nelayan warganegara Indonesia dipercayai diculik kumpulan dipercayai terlibat aktiviti Culik Dengan Wang Tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna, awal pagi tadi.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kejadian awal berlaku apabila empat mangsa menaiki bot nelayan didatangi dua lelaki berpakaian gelap dan bertopeng dengan memegang senapang jenis M16 semasa menangkap ikan kira-kira jam 12 lebih tengah malam.

“Kedua-dua nelayan terbabit kemudiannya diculik dan dibawa ke sebuah tempat yang belum dikenalpasti sehingga kini.

“Dua lagi nelayan lain gagal dikesan pihak penculik berikutan berjaya bersembunyi di kedudukan kapal yang sukar dilihat,” katanya.

Menurutnya sebaik kumpulan penculik dan mangsa beredar dari lokasi kejadian, dua rakan nelayan yang terselamat segera ke Semporna untuk membuat laporan polis kira-kira jam 2 pagi.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada nelayan yang terselamat dan identiti mangsa masih belum diketahui setakat ini.

“Sehingga kini kita belum menerima sebarang panggilan daripada suspek berkenaan permintaan wang tebusan,” katanya.

Omar berkata tiada sebarang tembakan dilepaskan semasa kejadian berlaku.

Ini adalah kes pertama seumpama dalam tempoh hampir dua tahun dari kes penculikan terakhir yang direkodkan.

  • oleh
  • Advertisement