Anda di sini

14 mangsa kemalangan tiga kenderaan bertembung

Advertisement
ANGGOTA bomba semasa melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam van selepas pertembungan.
ANGGOTA bomba semasa melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam van selepas pertembungan.

PENAMPANG: Seramai 14 mangsa termasuk enam lelaki dan lapan wanita mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan pertembungan tiga kenderaan di Kampung Babagon, Jalan Penampang-Tambunan, petang kelmarin.

Pegawai Bomba Ahmady Wahab berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.21 petang dan menggegaskan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk van yang dinaiki lapan individu dan kereta sedan dinaiki lima penumpang serta seorang pemandu lagi bagi kereta jenis sama.

SALAH seorang mangsa parah diberikan rawatan awal selepas dikeluarkan dari van.
SALAH seorang mangsa parah diberikan rawatan awal selepas dikeluarkan dari van.

"Anggota bomba kemudiannya melakukan operasi mengeluarkan dua mangsa tersepit di dalam van dan diberikan rawatan awal oleh Pasukan EMRS serta ambulans sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1)," katanya.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 2.10 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement