Anda di sini

TPM Singapura kunjungi Juhar

Advertisement
SEBAHAGIAN 20 ahli delegasi Singapura yang hadir bergambar kenangan bersama Juhar (lima dari kiri) dan Norlidah (lima dari kanan).
SEBAHAGIAN 20 ahli delegasi Singapura yang hadir bergambar kenangan bersama Juhar (lima dari kiri) dan Norlidah (lima dari kanan).

KOTA KINABALU:  Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean dan isteri Chew Poh Yin mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pada Sabtu.

Kunjungan itu adalah bagi memaklumkan Juhar berkenaan lawatan rasmi beliau ke Sabah selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 September selain bertukar-tukar pandangan berkenaan industri pelaburan dan pelancongan di negeri ini.

Pada petang Sabtu, Teo melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar sebelum berlepas pulang ke Singapura pada hari ini.

Sebelum itu, pada petang Jumaat, Teo telah menghadiri taklimat berhubung industri pelancongan di Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew selain menghadiri Majlis Makan Malam Delegasi Singapura bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sebuah hotel terkemuka di sini.

Advertisement