Anda di sini

Kurangkan minum alkohol, utamakan kesihatan

Advertisement
ROBERT (duduk, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain.
ROBERT (duduk, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain.

PENAMPANG: Masyarakat dinasihatkan agar mengutamakan kesihatan dan tidak sesekali meminum alkohol sehingga memudaratkan kesihatan.
Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi berkata, semua pihak tahu bahaya meminum alkohol berlebihan dan merokok perlu dicegah serta diganti dengan gaya hidup sihat.

“Program kesedaran kemudaratan minuman alkohol penting dan bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Banyak insiden tidak baik boleh dicegah menerusi penambahan pengetahuan kemudaratan alkohol,” katanya ketika merasmikan Bengkel Susulan Mengurangkan Kemudaratan Alkohol, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, masyarakat terdedah kepada minuman alkohol pada usia yang muda disebabkan oleh persekitaran. Justeru, amat penting mendedahkan mereka dengan pengetahuan yang sewajarnya berhubung kesan negatif alkohol.

Katanya, mereka perlu minum secara berhemah yang tidak membahayakan kesihatan diri dan membawa masalah kepada keluarga serta masyarakat.

"Saya juga memuji usaha Mercy Malaysia (Sabah) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menganjurkan program ini.

"Pokok pangkalnya, minum secara berlebihan merugikan diri sendiri," katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Penampang Dr Aini Simon Sumeh berkata, cabaran paling utama dalam usaha untuk merubah tingkah laku atau sikap masyarakat adalah memerlukan pendekatan yang betul.

Katanya, banyak usaha dilakukan kepada masyarakat tetapi kurang berkesan disebabkan cara mendekati masyarakat yang kurang tepat.

"Sabah adalah negeri ketiga tertinggi di Malaysia yang mempunyai masalah berkaitan pengambilan alkohol," katanya.

  • oleh
  • Advertisement