Anda di sini

Tiga rumah tidak kekal terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba memadam bara-bara api dan membuat pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.
ANGGOTA bomba memadam bara-bara api dan membuat pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

BELURAN: Tiga rumah jenis tidak kekal musnah terbakar di Kampung Cenderamata, di sini, pagi Khamis. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.26 pagi. 

"Sebuah jentera pemadam FRT dengan kekuatan seramai lima anggota diketuai PBK II Rahmat Rudat dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 114 kilometer dari balai," katanya.

Beliau berkata sebaik tiba, mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah dengan keluasan anggaran 1,500 kaki persegi, musnah keseluruhannya. 

"Pihak bomba bertindak membuat pemadaman bara-bara api dan pemeriksaan menyeluruh kawasan terbakar bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain," katanya.

Anddre berkata operasi terkawal pada jam 10.02 pagi dan ditamatkan sepenuhnya jam 10.20 pagi. 

Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

  • oleh
  • Advertisement