Anda di sini

SBBA cuba catat pencapaian dalam MBOR

Advertisement
RITHAUDEEN (duduk, tiga kiri) dan Adnan (duduk, dua kanan) bersama para ahli dan peserta dari SBBA merakamkan gambar kenangan.
RITHAUDEEN (duduk, tiga kiri) dan Adnan (duduk, dua kanan) bersama para ahli dan peserta dari SBBA merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Sabah Big Bikers Association (SBBA) akan cuba mencatatkan pencapaian baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan mengadakan perjalanan terjauh menggunakan motosikal berkuasa tinggi dalam masa sehari. 

Naib Presiden SBBA Rithaudeen Md Ali berkata, perjalanan itu akan melibatkan jarak minimum sejauh 1,700 kilometer (km).

"Sebanyak 15 peserta akan memulakan perjalanan dari Cat Statue Kuching Sarawak dan berakhir di Globe, Tip of Borneo Kudat.

"Para peserta akan cuba menjayakan program ini dalam tempoh 24 jam, yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini," katanya ketika sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, acara itu bermula pada jam 12.01 pagi 15 September dan berakhir 12 tengah malam hari yang sama.

Sementara itu, Road Captain Mohd Adnan Rosdin Mohd Ariff meminta orang ramai bekerjasama dengan memberikan laluan kepada para peserta konvoi.

"Tidak dinafikan memang terdapat pemandu yang tidak akan memberikan kerjasama tetapi acara itu diadakan adalah khusus bagi mencipta satu rekod baharu.

"Perjalanan ini akan melawati kawasan seperti Miri, Limbang, Lawas, Sipitang, Banjaran Croker seterusnya ke Kudat," katanya.

Menurutnya, tiga bendera akan dikibarkan sepanjang perjalanan itu adalah bendera Malaysia, Sabah dan SBBA.

  • oleh
  • Advertisement