Anda di sini

QSR Brands, Widad Education jalin kerjasama strategik

Advertisement

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) pengendali rangkaian restoran terbesar restoran KFC dan Pizza Hut telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Widad Education Sdn. Bhd. bagi kolaboratif untuk mewujudkan peluang pembangunan, memberi sokongan dan memperkayakan aktiviti penyelidikan serta program pendidikan dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Kerjasama QSR Brands ini juga meliputi penyediaan penempatan latihan industri kepada para pelajar Widad Education Sdn Bhd di dalam jurusan yang berkaitan dengan industri pengurusan restoran.

Menurut Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata kerjasama strategik bersama Widad Education Sdn Bhd ini adalah salah satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat untuk menyumbang dalam sektor pendidikan.

“Kami amat berbesar hati untuk menyertai kolaboratif bersama Widad Education Sdn Bhd kerana ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kami di dalam menyumbang ke dalam pembangunan sektor pendidikan di Malaysia,”

“Kerjasama ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk memperluaskan ilmu dengan pendedahan awal dalam industri pekerjaan melalui latihan industri yang bakal dilaksanakan melalui kolaboratif ini,” katanya

 Jelas beliau lagi, perjanjian ini akan memberi peluang kepada peningkatan kepakaran anggota pekerja kami terutamanya di dalam bidang pengurusan restoran dengan  menyediakan pengiktirafan profesional yang khusus dalam bidang pengurusan restoran dalam industri yang serba kompetitif ini.”

“Kolaboratif ini juga dilihat dapat menyumbang kepada aspek pembangunan kerjaya anggota pekerja kami seterusnya memberi peluang buat QSR untuk terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam segmen perkhidmatan restoran terkemuka di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama QSR Brands dan Widad Education Sdn Bhd akan berkongsi sumber dan kepakaran di dalam bidang tertentu, serta memberi peluang kepada anggota pekerja di restoran- restoran QSR Brands yang kompeten dan terlatih untuk memperoleh pengiktirafan profesional khusus untuk pembangunan kerjaya mereka di dalam industri ini.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Datuk  Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil yang mewakili QSR Brands dan Ketua Pegawai Eksekutif Widad Business Group, Datuk Mohd Rizal Bin Mohd Jaafar dalam satu majlis yang diadakan di Royal Widad Residence UTM KL.

Majlis ini turut melibatkan MoU bersama  tiga lagi organisasi iaitu Mastem, Widyatama Universiti dan Esa Unggul Universiti serta disaksikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor Widad University College, Ketua Pegawai Operasi Widad Education Sdn Bhd, dekan-dekan fakulti.

Advertisement